Social Icons

Pages

BULETIN 247

Featured Posts

Tuesday, November 21, 2017

GELORA PPBM DI KEDAH SUDAH PUN MEMBARAH!!!



Kedah seringkali disifatkan sebagai kubu kuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Mukhriz Mahathir dianggap sebagai 'penyelamat' Kedah walaupun semasa menjadi Menteri Besar Kedah selama 3 tahun, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar Kedah untuk urusan peribadinya selain menjual retorik sebagai modal politiknya.

Jerlun, Langkawi, Sungai Petani dan Kubang Pasu dikatakan merupakan kota kara PPBM. Cakap-cakap besar kononnya PPBM di bawah kepimpinan Mukhriz Mahathir akan menumbangkan Kerajaan UMNO-BN yang dipimpin oleh Ahmad Bashah Hanipa, begitu kuat kedengaran.

Jentera propaganda PPBM masih cuba meyakinkan akar umbi di Kedah bahawa PPBM terlalu kuat dan sangat berkeyakinan untuk menang pada PRU akan datang. Pun begitu, mereka masih tidak dapat menjelaskan tentang pembahagian kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang akan ditandingi memandangkan, sama ada DAP, PKR mahupun PAN, tidak memperlihatkan kekenduran untuk berundur bagi memberi laluan kepada PPBM di Kedah.

Biarpun kuasa politik di Kedah adalah membabitkan UMNO dan PAS, tetapi PKR turut menguasai beberapa kerusi. Begitu juga dengan DAP. PAN pula melihat kerusi-kerusi DUN yang ditandingi oleh PAS sebagai berpotensi untuk dirampas. Apatah lagi sebahagian besar pemimpin PAN Kedah datangnya dari PAS Kedah yang kecewa selepas pemilihan agung parti pada tahun 2015 menyaksikan barisan yang ditaja dan pro-DAP, habis kecundang. Barisan kepimpinan yang kecundang itulah yang menyertai PAN sekarang.

Maklumat terbaharu menunjukkan beberapa orang pemimpin PPBM Kedah, khususnya dari Srikandi dan ARMADA akan meletak jawatan dan keluar parti. Desas-desus tentang isu keluar parti itu semakin kuat apabila sebahagian besar pemimpin-pemimpin PPBM Kedah melihat PPBM sebagai sebuah parti yang tidak ada hala tuju.

Lebih malang, mereka melihat sebahagian besar pemimpin-pemimpin PPBM di Kedah bermain kong-kali-kong dengan pemimpin-pemimpin dalam UMNO. Beberapa orang pemimpin tertentu dilihat terlalu mahu menguasai PPBM Kedah seolah-olah selepas itu, mereka mahu berunding untuk kembali semula ke dalam UMNO. Mereka tidak dilihat seperti mahu kekal di dalam PPBM selepas PRU-14 nanti.

Ironinya, PAS juga berhadapan dengan masalah yang sama apabila sebahagian daripada pemimpin PAS Kedah, berbaju PAS tetapi berhati PAN!


PPBM sebenarnya sedang berhadapan dengan banyak masalah. Walaupun cubaan untuk menuding jari dan menyalahkan UMNO-BN, khususnya Najib Abdul Razak terutama sekali dalam isu pendaftaran PPBM yang besar kemungkinan berhadapan masalah dengan ROS, namun akar umbi yang terdedah kepada pelbagai maklumat sekarang ini. Status ARMADA dan Srikandi di dalam PPBM, membuka banyak mata.

Apatah lagi gelagat dan segala tuduhan yang dilemparkan kepada pemimpin utama negara, sedangkan pendedahan tentang gaya hidup keluarga Tun Dr. Mahathir sendiri, bukan sahaja jauh lebih teruk berbanding pendedahan tentang musuh-musuhnya, malahan bertentangan sama sekali dengan iltizam untuk memartabatkan Pribumi dan Bumiputera sebagaimana yang dilaung-laungkan di dalam parti.

Belum lagi membabitkan masalah kewangan melibatkan kepimpinan setempat PPBM. Berapa banyak Bahagian PPBM di seluruh negara, termasuklah di Kedah, yang gagal beroperasi dan berfungsi kerana masalah utama adalah kewangan dan mereka tidak dibantu oleh kepimpinan Pusat. Lebih malang, mereka pula diminta berkorban, sedangkan pucuk pimpinan yang telah melantak semahu-mahunya sewaktu berkuasa dan sewaktu di dalam UMNO, berpura-pura miskin.

Ramai kepimpinan setempat yang kecewa dengan pelbagai masalah yang langsung tidak dipedulikan oleh pucuk pimpinan PPBM.

Isyarat untuk keluar parti sudah semakin kuat. Walaupun alasan yang diberikan oleh pucuk pimpinan ialah, yang keluar itu adalah kerana DEDAK UMNO, hakikatnya kebanyakan daripada mereka keluar kerana masalah PPBM sendiri!


HAMPIR SAHAJA NAJIB DIMALUKAN DI PARLIMEN MALAM TADI ANGKARA 80 ORANG AHLI-AHLI PARLIMEN BN!!!



Riuh rendah Dewan Rakyat semalam gara-gara blok Pakatan Harapan (PH) yang cuba membuat serangan hendap, kalah dalam undian belah bahagi ketika proses meluluskan Bajet Peringkat Jawatankuasa KPDNKK semalam.

Kekalahan tipis itu telah mengundang rasa tidak puas hati kebanyakan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan yang sudah berkomplot lebih awal untuk menggagalkan bajet berkenaan.

Keputusan malam tadi, BN 52, PH 51. Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Abdul Razak bagaimanapun, telah 'diselamatkan' oleh 2 undi PAS yang memilih BERKECUALI. Kalaulah PAS memilih untuk mengundi menentang bersama-sama PKR, DAP, PAN dan PPBM semalam, sudah tentu Najib Abdul Razak, Menteri KPDNKK dan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak ada muka mahu ditunjukkan hari ini.

Telah ramai yang memperkatakan tentang jumlah kehadiran Ahli-Ahli Parlimen untuk bersidang dan bermesyuarat dalam setiap sesi. Jumlah kedatangan terlalu menyedihkan. Kalaulah Dewan Rakyat itu sekolah, sudah lama ditutup kerana kekurangan murid dan pelajar!

Setiap Ahli Parlimen dipilih dan diberi mandat oleh rakyat untuk menyuarakan kepentingan mereka di kawasan masing-masing. Namun apa yang berlaku di Dewan Rakyat adalah, Ahli-Ahli Parlimen berpolitik dan rakyat cuma dijadikan sebagai alasan untuk kehadiran mereka menuntut manfaat yang lebih besar daripada kantung wang negara.

Alasan kononnya ada banyak urusan lain selain daripada menghadiri Sidang Dewan, terlalu menjengkelkan memandangkan sesi mesyuarat di Dewan Rakyat, bukannya sepanjang tahun!

Ketiadakpuasan hati terhadap jumlah kehadiran Ahli-Ahli Parlimen tidak sahaja membabitkan Ahli-Ahli Parlimen Bloc Kerajaan tetapi juga di kalangan penyokong-penyokong pembangkang.

Puak PH menuding jari dan menyalahkan 2 orang Ahli Parlimen PAS yang mengundi BERKECUALI iaitu Idris Ahmad dan Siti Zailah Mohd Yusoff sebagai punca kegagalan komplot Pakatan Harapan di Dewan Rakyat.

Daripada 51 undi yang berpihak kepada PH, 5 undi datangnya daripada Ahli Parlimen PAS termasuk 1 daripada Ahli Parlimen PAS yang tidak lagi PAS, Mahfuz Omar.

Namun sebelum Pakatan meletakkan beban kesalahan kepada Speaker Dewan Rakyat dan 2 orang Ahli Parlimen PAS yang BERKECUALI itu, permasalahan sebenar adalah di kalangan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan sendiri yang ponteng sessi Dewan Rakyat terutama ketika pengundian.

Jumlah Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH): 71 orang.
PKR: 28 orang
DAP: 36 orang
PAN: 6 orang
PPBM: 1 orang
(Jumlah ini tidak termasuk Ahli Parlimen PSM dan Warisan)

Jumlah undi ketika undi belah bahagi adalah 51 undi.

5 undi dari Ahli Parlimen PAS dicampur dengan 1 undi dari Ahli Parlimen PAS yang bukan PAS (Mahfuz Omar): 6 undi
51-6 = 45 undi Ahli Parlimen PH.

Jumlah Ahli Parlimen PH: 71 orang.
71 Ahli Parlimen PH (Keseluruhan AP PH) - 45 Ahli Parlimen PH (hadir mengundi)= 26 AP PH yang ponteng.

Kata para penyokong Pakatan, 26 orang Ahli Parlimen PH yang tidak hadir merupakan jumlah yang cukup besar. Mengapa mereka tidak hadir di sidang Parlimen sedangkan ketika ini banyak proses meluluskan bajet pembekalan Kementerian dijalankan? Ketidakhadiran mereka merupakan satu pengkhianatan kepada bloc mereka sendiri dan para pengundi.

Kekalahan Pakatan adalah berpunca daripada Ahli Parlimen mereka sendiri yang kaki ponteng tetapi seperti biasa mereka lebih gemar menuding kepada pihak lain. Dalam isu ini, mereka menyalahkan 2 orang Ahli Parlimen PAS sebagai punca.

Mengapa mereka tidak salahkan kaki-kaki ponteng di kalangan mereka sendiri atau adakah kerana sindrom ketakutan untuk menyalahkan Ahli Parlimen mereka yang ponteng disebabkan pangkat mereka lebih besar atau takut tidak dicalonkan dalam PRU akan datang sekiranya kaki-kaki ponteng itu dipersalahkan?

Itu perbualan di kalangan para penyokong Pakatan. Bagaimana pula dengan para penyokong bloc Kerajaan?

Daripada 132 orang Ahli Parlimen BN, mengapa hanya 52 orang Ahli Parlimen BN yang hadir semalam?

132 orang - 52 orang = 80 orang Ahli Parlimen BN yang ponteng!!!


Friday, November 17, 2017

TONY PUA DAN DAP SEPATUTNYA MENYALAK KAT DR. MAHATHIR DALAM ISU TAMBANG ERL MILIK YTL!!!



Tambang ERL nak naik lagi. Tony Pua dan DAP mula bertukar watak menjadi wira yang menyelamatkan pengguna. Dan sekali lagi, sama seperti tahun 2015, Najib Abdul Razak dipersalahkan kerana bersetuju untuk menaikkan tambang sepertimana yang dituntut oleh YTL berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui pada tahun 1997.

1997, Perdana Menterinya adalah Dr. Mahathir manakala Menteri Kewangan pula adalah Anwar Ibrahim. Taukeh YTL adalah kawan baik bagi kedua-dua orang ini!

ERL atau Projek Keretapi Laju Express Rail Link yang menghubungkan pusat bandar Kuala Lumpur dengan KLIA merupakan hadiah besar Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim kepada syarikat YTL Corporation.


YTL menjana pendapatan daripada ERL tanpa mengeluarkan satu sen pun daripada pelaburan awal kerana ianya dibiayai sepenuhnya oleh pihak lain.

Pembinaan ERL bermula pada Mei 1997 dan siap sepenuhnya lima tahun kemudian iaitu pada tahun 2002. Modal berbayar bagi projek ERL hanyalah RM69 juta termasuklah RM30 juta saham biasa dan baki RM39 juta saham keutamaan berasaskan dividen.

ERL merupakan projek zaman Dr. Mahathir dengan 50% kepentingannya dimiliki oleh YTL, 40% dimiliki oleh Tabung Haji yang juga merupakan pembiaya utama manakala baki 10% adalah syarikat bermodal RM1 juta yang dipercayai dimiliki oleh bekas CEO Proton yang juga merupakan antara proksi utama Dr. Mahathir.


Projek pembinaan landasan itu dianugerahkan kepada Syarikat Pembangunan Yeoh Tiong Lay Sdn. Bhd. (SPYTL) dan Siemens. Kedua-dua syarikat tersebut adalah milik YTL Corporation.

ERL merupakan projek konsesi selama 30 tahun yang akan berakhir pada 2032. Di bawah perjanjian pada tahun 2002, RM5 dari cukai lapangan terbang dari penumpang antarabangsa KLIA akan dibayar kepada ERL sama ada penumpang tersebut menggunakan perkhidmatan ERL atau tidak.

MAHB telah membayar RM5 bagi setiap penumpang antarabangsa kepada ERL sejak April 2002.



Tahun lepas, Najib Abdul Razak menjadi sasaran serangan kerana membenarkan kenaikan tambang ERL dari RM35 kepada RM55. Apa yang penyerang-penyerang tersebut termasuklah Dr. Mahathir sendiri tidak beritahu ialah, mengikut perjanjian konsesi ERL yang telah ditandatangani oleh Dr. Mahathir dan YTL milik rakan baiknya itu, tambang ERL sepatutnya naik RM41 pada tahun 2004, RM56 pada tahun 2009, RM74 pada 2014, RM97 pada 2019 dan RM126 pada tahun 2024.

Sekiranya kerajaan tidak membenarkan kenaikan tersebut, kerajaan perlulah membayar pampasan berdasarkan unjuran pendapatan yang telah dipersetujui. Sebagai contoh, ERL mengunjurkan pendapata pada RM1.1 bilion tetapi pendapatan sebenar hanyalah RM200 juta. Maka kerajaan perlu menambah RM900 juta lagi kepada YTL.

Selama 14 tahun tambang ERL tidak dibenarkan naik dan kerajaan perlu membayar pampasan berjumlah RM2.9 bilion kepada YTL yang berniaga tanpa modal! (RUJUK SINI)


Dan memandangkan Najib tidak mahu lagi kerajaan membayar pampasan begitu banyak kepada YTL, sebagai penyelesaiannya, tempoh konsesi telah dilanjutkan kepada 30 tahun lagi sehingga tahun 2059. Perjanjian berat sebelah yang dicipta oleh Mahathir untuk kroninya dengan menyedut duit rakyat, telah menutup semua kaedah penebusan oleh kerajaan!

Tony Pua dan DAP (RUJUK SINI dan SINI) tidak sepatutnya mendesak kerajaan dan Najib Abdul Razak kerana orang yang bertanggungjawab terhadap kerugian besar negara untuk mengenyangkan YTL kerana orang yang bertanggungjawab menganugerahkan pelbagai projek mewah kerajaan kepada YTL sekarang ini adalah Pengerusi Pakatan Harapan!


Thursday, November 16, 2017

MAHATHIR AKUI, PPBM DITOLAK RAKYAT DAN DIA TELAH GAGAL SEPENUHNYA!!!




Sepatutnya PPBM sudah pun mengadakan AGM selewat-lewatnya 9 September lepas mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Kegagalan mematuhi peraturan dan akta tersebut, boleh menyebabkan PPBM yang ditubuhkan oleh Muhyiddin Yassin itu diharamkan oleh ROS.

Namun nampaknya, masalah tersebut masih tidak dapat diatasi oleh kepimpinan utama PPBM yang diketuai oleh Dr. Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir.

Dalam usaha untuk menggulingkan Najib, akhirnya Dr. Mahathir mengabaikan parti yang sepatutnya menjadi senjata utamanya menyatukan seluruh sokongan, sekaligus membina kekuatan untuk anaknya, Mukhriz untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sebagaimana yang dihajatkannya.

Semalam, Mahathir mengakui parti yang ditubuhkannya itu telah gagal pada peringkat akar umbi lagi.

"Ketika ini, di peringkat Bahagian ada ahli, tetapi ia tidak diuruskan menjadi sebuah cawangan, malah beberapa Bahagian masih tidak diuruskan dengan baik," kata Mahathir.

PPBM sememangnya bercelaru. Dendam dan khianat yang menjadi motto serta slogan parti itu, membuatkan pentadbiran dan pengurusannya kelam-kabut. Di beberapa Bahagian, pembubaran dan ahli-ahli keluar parti sedang berlaku. Ketidakpuasan hati terhadap pemimpin-pemimpin yang dilantik hanya kerana 'kabel' dengan Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden, telah mewujudkan perpecahan yang sangat teruk di dalam PPBM.

Walaupun pada peringkat awalnya, PPBM cukup yakin mampu menarik sejumlah 6 juta orang untuk menjadi ahli parti itu bersandarkan kepada populariti Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin.


"Kita jangka akan berhadapan dengan 6 juta orang anak muda yang kebanyakannya daripada pertubuhan belia dan persatuan pelajar yang kini sudah menunjukkan minat mereka untuk masuk parti baru ini," kata salah seorang pengasasnya, Khairuddin Abu Hassan pada 5 Ogos 2016.

Ingat lagi dengan cakap besar Syed Saddiq, anak muda yang mengetuai sayap 'haram' dalam PPBM, ARMADA?

"Secara jujurnya, saya agak terkejut dengan penyertaan golongan anak muda bawah 30 tahun ke dalam parti ini," kata Syed Saddiq pada 4 Oktober 2016. Dakwa Syed Saddiq, sudah lebih 200,000 borang telah diedarkan dan jumlah ahli PPBM akan diumumkan dua minggu kemudian.

Malangnya, pengumuman itu tidak pernah berlaku.

Apa yang berlaku sekarang ialah, hendak mengumumkan jumlah sebenar keahlian PPBM pun mereka malu. Sebaliknya apa yang berlaku ialah, satu persatu muslihat Mahathir, didedahkan kepada awam dan dapat dilihat oleh rakyat. Jikalau dahulu, semua kebusukan tersebut disimpan dan diperap atas nama menghormati dan wala' kepada pemimpin, pembakaran jambatan oleh Mahathir telah membebaskan segala kebusukan tersebut.

Syed Saddiq juga nampaknya sudah tidak berminat lagi untuk bercakap tentang anak-anak muda yang berminat untuk menyertai PPBM. Sebaliknya dia lebih seronok bercakap tentang anak-anak muda dalam promosi seks bebasnya pula.

Pada konvensyen PPBM yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam Januari lepas, menjadi bukti betapa hambarnya sambutan terhadap parti tersebut. Separuh stadium kosong semasa Mahathir berucap. Malahan untuk menampakkan ramai, terpaksa 'import ahli' semata-mata untuk menunjukkan parti itu mendapat sambutan hebat.

Kemudian, berlaku pula acara atau program baling kerusi dan membakar suar di Shah Alam beberapa bulan lepas. Walaupun orang yang bertanya adalah ahli PPBM, manakala yang bertindak ganas itu adalah ahli PPBM, Mahathir menyalahkan orang UMNO manakala Syed Saddiq mendakwa UMNO mengupah orang untuk membuat kacau dalam program PPBM.

Acara-acara dan siri-siri ceramah yang diadakan di seluruh negara juga gagal. Walaupun Kedah dan Johor dikatakan kubu kuat PPBM, namun PPBM tidak pernah berani untuk mengadakan ceramah mega supaya tidak malu dengan jumlah kehadiran yang tidak memberangsangkan. Ia samalah seperti demonstrasi besar-besaran di Padang Timur, Kelana Jaya pada bulan lepas yang bukan sahaja gagal, tetapi sasaran kehadiran 100,000 orang tetapi yang hadir tidak sampai 4,000 orang.

Sewajarnya PPBM dibubarkan sebelum diharamkan oleh ROS dan kesemua mereka sama ada menyeberang masuk DAP, PKR atau pun PAN untuk meneruskan perjuangan dan penentangan terhadap UMNO dan Najib Abdul Razak. Itu jauh lebih baik berbanding berpura-pura tidak tunduk sujud kepada Lim Kit Siang-DAP, tetapi hakikatnya mereka memang bekerja untuk memberi kuasa kepada DAP dan Lim Anak Beranak.

SAMAN KAMARUL YUSOFF TERHADAP SENATOR MELAYU DAP YANG GAYA HIDUPNYA SEKELUARGA MELEBIHKAN AKAL BERBANDING AGAMA!!!




Penulis: Kamarul Yusoff

Sejak tiga hari kebelakangan ini saya agak tertekan bila dimaklumkan oleh ramai rakan mengenai kewujudan artikel bertajuk “Dr Ariffin Omar nasihati Kamarul supaya guna akal” dan “Senator DAP nasihati Kamarul supaya guna akal” di dalam laman web dan page portal berita rasmi DAP, Roketkini, dan di dalam laman web dan page portal berita Malaysiakini, beserta komen-komen yang dibuat di bawahnya yang memburuk-burukkan saya dengan agak teruk.

Artikel yang memburuk-burukkan saya ini adalah berpunca daripada kenyataan Senator DAP dari Pulau Pinang merangkap Naib Pengerusi DAP yang tidak dilantik semula ke jawatan itu pada 12 November lalu, iaitu Dr Ariffin Omar, di mana beliau dipetik sebagai:
(i) Menempelak “tuduhan semberono pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff yang mendakwa kononnya barisan kepimpinan baru DAP mengukuhkan lagi dakwaan kononnya DAP mempunyai agenda Kristianisasi.”
(ii) Berkata “Tidak hairan sekiranya mutu akademik institusi pendidikan di negara ini merosot memandangkan wujud sebilangan ahli-ahli akademik negara ini berfikiran seperti pensyarah berkenaan.”
(iii) Berkata “Sebelum dia (Dr Kamarul) buka mulut, elok dia fikir dulu sebelum bercakap – elok baca balik Perlembagaan DAP.”
(iv) Berkata “Dia ni tak ada kerja lainkah? Nak cari pasal pun carilah yang munasabah sikit. Adakah ini tahap ahli akademik kita?”

Kesemua kenyataan Dr Ariffin Omar ini membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya adalah seorang ahli akademik yang suka membuat tuduhan semberono.
(ii) Saya adalah seorang ahli akademik yang menjadi antara punca mutu akademik institusi pendidikan di negara ini merosot.
(iii) Saya adalah seorang ahli akademik yang tidak berfikir dan tidak menggunakan akal sebelum bercakap.
(iv) Saya adalah seorang ahli akademik bertahap rendah yang suka menimbulkan isu yang tidak munasabah.

Saya sangat tidak menyangka seorang yang mempunyai ijazah doktor falsafah seperti Dr Ariffin Omar boleh menghina tahap keintelektualan saya dengan menyifatkan saya sebagai seorang ahli akademik bertahap rendah yang tidak berfikir dan tidak menggunakan akal.

Ini kerana kenyataan yang dibuat oleh Dr Ariffin Omar ini adalah maklum-balas beliau terhadap kenyataan Facebook saya pada 12 November lalu yang diterbitkan semula oleh portal-portal berita Harakah Daily, Isma Web, Malaysia Kini dan The Malaysian Insight.


Kenyataan Facebook saya ini pula merupakan satu komen sangat munasabah yang mempersoalkan kewajaran DAP melantik tokoh-tokoh Kristian ke Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada 12 November lalu di saat ia sedang diserang dengan isu Kristianisasi.

Ini kerana, pada pendapat saya, tindakan DAP melantik sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan CEC DAP ini dari kalangan penganut agama Kristian hanya akan memperkuatkan lagi dakwaan bahawa DAP memang mempunyai agenda Kristianisasi.

Saya sertakan sama bukti bahawa 7 orang ahli tambahan CEC DAP ini, iaitu Stephen Wong Tien Fatt, Thomas Su Keong Siong, Dr Ong Kian Ming, Hannah Yeoh Tseow Suan, Yeo Bee Yin, Dr John Brian Anthony dan Jannie Lasimbang, adalah penganut agama Kristian.

Apa yang sepatutnya Dr Ariffin Omar serta pemimpin DAP atau pemimpin sekutu DAP lakukan untuk menjawab hujah saya ialah untuk sama ada menafikan 7 orang ahli tambahan CEC DAP ini adalah penganut agama Kristian atau memberi sebab mengapa mereka dilantik.

Memperlekeh-lekehkan saya dengan menyuruh saya membaca Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa “DAP dari dulu parti sekular” dan “siapa-siapa pun boleh sertai DAP” bukanlah cara yang betul kerana saya tidak mempersoalkan mengenai keahlian DAP.

Yang saya persoalkan adalah mengapa sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan CEC DAP ini adalah penganut agama Kristian dan ini hanya boleh dijawab oleh ahli-ahli CEC DAP yang dipilih dalam Kongres Khas DAP pada 12 November lalu.

Ini kerana, mengikut Perlembagaan DAP, kuasa untuk melantik 10 orang ahli tambahan ini dipunyai oleh 20 orang ahli CEC DAP yang dipilih, jadi hanya mereka, bukan tokoh yang kalah seperti Dr Ariffin Omar, yang tahu mengapa perlantikan itu dibuat sebegitu.

Kenyataan yang dibuat oleh Dr Ariffin Omar ini, yang telah diterbitkan secara bertulis yang mempunyai sifat kekal dan kesan yang berpanjangan, telah menjejaskan imej, reputasi, kedudukan dan kerjaya saya sebagai seorang ahli akademik dan seorang ahli masyarakat.

Oleh yang demikian, saya telah mengarahkan seorang sahabat peguam, yang tahu mengenai kekangan kewangan saya dan hanya meminta saya membuat bayaran yang sangat minima ke atas perkhidmatan beliau, untuk memulakan tindakan saman ke atas Dr Ariffin Omar.

Saya juga tidak faham mengapa Dr Ariffin Omar masih mempertahankan DAP sedangkan, jika beliau betul-betul menggunakan akal, beliau sudah lama keluar dari DAP dan Pakatan Harapan, apa lagi setelah beliau tidak dilantik semula sebagai ahli tambahan CEC.

Ini kerana Dr Ariffin Omar sendiri telah menghentam teruk Pakatan Harapan dengan pelbagai kenyataan yang sangat tajam di dalam kata-kata aluan buku tulisan Penasihat SUARAM, Dr Kua Kia Soong, bertajuk "Malaysia's 14th General Elections: The Big Issues".

Apa perkara negatif yang tidak disebut oleh Dr Ariffin Omar di dalam buku itu: Pakatan Harapan mempunyai kekurangan serius; mempunyai masalah besar sekitar urus tadbir baik, ketelusan dan rasuah; tidak mempunyai hala tuju yang jelas; malah bersifat opportunistik.

Begitu juga dengan kerjasama Pakatan Harapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang Dr Ariffin Omar sifatkan memeningkan dan tidak lebih daripada satu kepura-puraan serta kenyataan lain yang menunjukkan ketidaksetujuan beliau dengan Pakatan Harapan.

Dengan pelbagai kritikan serius, sesetengahnya melebihi kritikan yang saya sendiri pernah buat terhadap Pakatan Harapan, saya tertanya-tanya mengapa Dr Ariffin Omar masih kekal berada di dalam DAP sedangkan DAP diketahui mendokong kuat Pakatan Harapan.

Jika Dr Ariffin Omar seorang individu yang berprinsip, beliau perlu segera keluar dari DAP.


KARTEL SUDAH BAGI AMARAN, HARGA IKAN, KERANG DAN SAYUR AKAN NAIK MENDADAK!!!



Walaupun pergantungan Malaysia, khususnya di Semenanjung kepada makanan laut domestik agak rendah berbanding import, namun penguasaan kartel ke atas pengedaran dan pemborongan barangan makanan amat kuat. 

Kartel sebenarnya tidak perlu memberikan sebarang alasan untuk menaikkan harga agar mengurangkan pembekalan ke pasaran. Mereka boleh berbuat sesuka hati apatah lagi pihak berkuasa khususnya KPDNKK terlalu takut untuk bertindak terhadap mereka. Dalam sebarang masa, KPDNKK akan mencari-cari alasan yang paling sesuai untuk mewajarkan tindakan kartel. 

Kartel menguasai segala-galanya, dari pemborongan sehinggalah ke pengedaran. Mereka membeli pada harga murah, kemudian menggunakan kuasa monopoli yang membabitkan pengangkutan dan berselindung di sebalik pelbagai persatuan, untuk menetapkan harga tinggi yang tidak boleh ditolak oleh pengguna. 

Pengguna di Malaysia sebenarnya tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan terpaksa menggunakan khidmat yang dipaksa oleh kartel ini.

Walau bagaimanapun, sama seperti perniagaan-perniagaan kapitalis lain, kartel di Malaysia masih lagi memberikan pelbagai alasan untuk mewajarkan tindakan mereka menaikkan kadar harga. 

Terbaru, beberapa kartel yang terbabit dalam industri perikanan memberi amaran, harga ikan dan hasil laut dijangka naik kerana alasan monsun dan musim tengkujuh. 

Walaupun sebahagian besar hasil laut yang digunakan oleh rakyat Malaysia khususnya di Semenanjung berasal dari Thailand dan Indonesia, manakala hasil-hasil laut Malaysia pula dihantar ke Singapura untuk dieksport ke negara-negara lain termasuklah Hong Kong, alasan monsun itu akan digunakan untuk mewajarkan kenaikan. 

Persatuan Nelayan Pantai Remis contohnya berkata, harga kembung akan meningkat antara RM5 dan RM10 sekilogram, manakala sardin pula akan meningkat dari RM4 kepada RM7. Koperasi Nelayan Kuala Sepetang pula berkata, kerana musim hujan, penangkapan ikan jatuh mendadah berbanding tahun-tahun lepas. Persatuan Nelayan Johor Selatan pula berkata, orang tengah atau pemborong adalah penyebab harga ikan meningkat semasa musim tengkujuh. (RUJUK SINI

Ironinya, harga ikan dan sayur di Singapura langsung tidak terjejas dengan musim tengkujuh seperti alasan yang diberikan di Semenanjung Malaysia. 

Sepatutnya pihak berkuasa mengeluarkan lebih banyak AP untuk mengimport lebih banyak hasil laut ke pasaran bagi menstabilkan harga, bukannya hanya menerima alasan-alasan yang diberikan oleh pihak kartel. Dan sepatutnya pasaran di Malaysia perlu lebih terbuka berbanding sekarang yang dikawal dan dimonopoli oleh kartel-kartel yang berselindung di sebalik nama persatuan.

Atau barangkali sudah sampai masanya pihak berkuasa didesak untuk mendedahkan kepada siapa AP dan permit diberikan?

Wednesday, November 15, 2017

RUMAH SELANGORKU DI SEMENYIH BERHARGA RM400,000!!! AZMIN ALI PENIPU BESAR!!!



Rakyat Selangor benar-benar diperlembukan oleh Menteri Besar dan kepimpinan Negeri Selangor!!!

Bayangkanlah, tidak lama dahulu, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dengan megahnya berkata, Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinannya sedang membina rumah mampu milik di bawah Program Rumah Selangorku di Semenyih. (RUJUK SINI)

Malahan pada 7 November lalu, syarikat pemaju hartanah EcoWorld yang 'dihadiahkan' banyak tanah di Selangor, termasuklah tanah milik persendirian seperti di Mukim Ijok, dengan bangganya mengumumkan kononnya Rumah Selangorku jenis A yang berharga RM42,000 seunit mendapat sambutan luar biasa biarpun pendaftaran baru dibuka pada 29 Oktober lalu. (RUJUK SINI)

Kononnya Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan inisiatif rumah mampu milik, Rumah Selangorku khususnya untuk rakyat Selangor semenjak 2015 sekalipun belum sebuah rumah Selangorku pun diwujudkan. Projek berkenaan dikendalikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) melibatkan geran sebanyak RM100 juta menggunakan wang rezab negeri.

Rumah tak ada, duit rakyat sudah selesai!


Yang dijanjikan ialah, Rumah Selangorku boleh didapati bermula dari RM42,000 sehingga RM250,000. Dengan memperlekehkan rumah PR1MA dan PPA1M yang dikatakan melebihi RM300,000 Azmin Ali bercakap besar kononnya komitmen Kerajaan Selangor lebih terbukti semenjak dahulu.

Namun, komitmen tersebut sekadar satu propaganda murahan. Rumah Selangorku TIDAK WUJUD!

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, AZMIN ALI KAKI KENCING!




Itulah yang berlaku dan dibuktikan apabila pembohongan Azmin Ali kononnya Kerajaan Negeri Selangor telah dan sedang membina rumah mampu milik di bawah Program Rumah Selangorku di Semenyih. Pembohongan itu lebih ketara apabila Exco Perumahan Selangor, Iskandar Samad turut sama berkata, projek itu sudah siap dan hanya menunggu penyerahan kunci.

Hakikatnya, perumahan yang dibina di atas tapak kononnya Program Rumah Selangorku itu adalah projek perumahan mewah berharga lebih RM400,000 yang dibina oleh kroni Azmin.

Tiada rasa bersalah, dan tiada rasa malu untuk pembohongan terang-terangan sebegitu. Sebabnya, budaya berbohong sudah mendarah daging dalam setiap diri pemimpin Pakatan.

Perhatikan sahaja bagaimana dia menipu tentang ambialih Syarikat Air SPLASH yang sehingga ke hari ini tertanggung. Dari RM250 juta menjadi RM2.5 bilion, isu berkenaan tidak selesai dan rakyat Selangor berhadapan dengan ancaman keputusan bekalan air walaupun semasa musim hujan!

Perhatikan juga bagaimana dalam Bajet 2018, Azmin Ali menipu kononnya bajet Negeri Selangor lebih baik dari Persekutuan kerana lebih banyak peruntukan untuk pembangunan. Padahal dia menipu dengan memindahkan peruntukan program-program sosial di bawah bajet pembangunan.

Lebih ketara perhatikan juga bagaimana dia langsung tidak rasa bersalah apabila mengumumkan bonus 3 bulan gaji dengan 2 bulan gaji telah pun dibayar pada Aidil Fitri lalu dalam Bajet 2018. Dan kini, 'baki' sebulan itu pun akan ditangguhkan kerana kononnya, wang tersebut akan disalurkan kepada Pulau Pinang sebagai bantuan banjir.

Tak habis-habis menipu!!!


 
Blogger Templates