Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, May 31, 2017

BUKAN TUNTUTAN MAAF DARIPADA RAFIZI YANG DIMINTA, TAPI SAMAN MALU!!!



Keseronokan Rafizi Ramli mencipta fitnah kerana seringkali mendapat sokongan dan dipercayai oleh para pengikutnya, membuatkan dia tidak pernah berfikir panjang untuk berbuat begitu. Apatah lagi, fitnah-fitnahnya ke atas para pemimpin negara, khususnya dari kalangan UMNO dan PAS, biasanya dibiarkan begitu sahaja, menjadikan dia sangat teruja dan beranggapan, dia tidak bersalah kerana mereka tidak pernah mengheretnya ke muka pengadilan walaupun dalam beberapa kes, Rafizi mengaku bersalah di mahkamah kerana menfitnah dan berbuat jahat sehinggakan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan. 

Bagaimanapun, tempoh dia untuk menjalani hukuman dilengah-lengahkan dengan pelbagai manipulasi undang-undang dibuat mengambil teladan daripada tindakan dan kejayaan DAP khususnya memanipulasi undang-undang dan sistem perundangan negara ini. 

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wee Kah Siong pula sekadar menyelar fitnah Ahli Parlimen Pandan itu yang menuduh kerajaan menggunakan bekas pembantu kempen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk melobi kepentingan di negara itu. 

Pelobian oleh kerajaan menurut kefahaman Rafizi Ramli, tidak dibolehkan, manakala pelobian untuk membebaskan pelaku jenayah liwat seperti Anwar Ibrahim pula, adalah dibenarkan kerana ia adalah hak asasi manusia. 

Bagaimanapun, keseronokan melakukan fitnah, menyebabkan Rafizi Ramli mungkin tersilap atau mungkin sengaja buat-buat silap apabila menuduh individu bernama Florence Goh mempunyai kaitan dengan urusan lobi tersebut. 

Di sebalik laporan polis yang dibuat oleh Florence terhadap Rafizi, yang dituntut hanyalah permohonan maaf daripada Rafizi.

“Rafizi telah membuat tuduhan yang silap ke atas nama saya dan syarikat saya sebagai Godfrey. Saya bukan individu tersebut dan saya tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak dalam artikel yang dilaporkan. Saya adalah pelatih profesional dalam bidang teknologi maklumat. Untuk dia membuat dakwaan sedemikian adalah sangat memberi kesan buruk pada saya,” kata Florence.

Manusia seperti Rafizi Ramli sebenarnya tidak layak diberikan peluang meminta maaf kerana walaupun dia akan meminta maaf bagi mengelakkan remeh dan leceh naik turun tangga mahkamah, tetapi dia tidak akan berhenti daripada terus melakukan fitnah. Dia mungkin akan menghentikan fitnah terhadap Florence tetapi dia akan meneruskan fitnahnya terhadap pihak lain yang dilihatnya tidak menghiraukannya.

Dalam pada itu, Rafizi telah pun memohon maaf kerana 'tersilap orang'...

Itu sahaja....


MAHATHIR MENGAMUK LAGI BILA RAKAN KONGSINYA DIKEJAR LHDN KERANA LARI CUKAI!!!



Mahathir mengamuk lagi.

Dia masih tidak berpuas hati mengapa kawan baiknya, Lim Kim Yew kena bayar cukai.

Bagi Mahathir, kawan-kawan dan kroni-kroninya perlu dikecualikan daripada sebarang pembayaran cukai. Kalau kena bayar juga, itu bermakna kerajaan sangat zalim.

Mahathir dilaporkan sangat marah apabila LHDN 'memburu' rakan-rakan dan rakan kongsi perniagaannya.

"Ini adalah rompakan siang hari," kata Mahathir di dalam update terbaharu blognya.

Mahathir bercakap tentang Lee Kim Yew, pemilik Country Heights yang juga merupakan rakan kongsinya. Bahkan banglo besar Mahathir sendiri datangnya daripada projek Lee Kim Yew.

Berapa yang Mahathir bayar untuk banglo berkenaan?


Dan Mahathir merupakan pemegang ketiga terbesar saham atas namanya sendiri dalam hotel milik Lee Kim Yew, Palace of Golden Horses.

Mahathir memekak apabila Lee berkata, LHDN menyita simpanan tetapnya di dalam sebuah bank asing bernilai RM126 juta kerana gagal membayar cukai dari tahun 1997 dan 1998. Penggunaan akta AMLA untuk menyiasat kes pelarian cukainya, diadukan oleh Lee Kim Yew kepada Mahathir sebagai 'memalukan'.

Kata Mahathir, wang tersebut diperolehi secara sah daripada perniagaan. Jadi tidak selayaknya akta tersebut dikuatkuasakan ke atas Lee Kim Yew.

Inilah yang sering diperkatakan oleh Mahathir sebagai PERJUANGAN RAKYAT. Perjuangan Rakyat bagi Mahathir adalah membela kroni-kroni dan rakan perniagaannya daripada sebarang tindakan undang-undang.

Dengan kata-kata lain, Mahathir mahukan agar kebebasan daripada sebarang undang-undang diberikan kepada kawan-kawannya!!!

Itulah yang diidolakan sangat oleh sesetengah orang ke atas Mahathir!


MEREKA BERAJA DI MATA BERSULTAN DI HATI KERANA MELAYU ITU SENDIRI!!!



Sekali lagi DYMM Sultan Selangor menzahirkan kemurkaan baginda apabila Ahli Parlimen Subang Jaya R. Sivarasa secara sengaja dan dengan sedar, mencampuri urusan dan hal ehwal agama Islam apabila dia menerima jemputan untuk menjadikan sebuah masjid di Kampung Melayu Subang sebagai medan politik untuk menunjukkan liberalisme dan toleransi.

Sebelum ini, DYMM Sultan Selangor telah berulang-ulang kali menitahkan agar institusi masjid dan surau di seluruh Selangor, tidak dijadikan sebagai medan politik, lebih-lebih lagi yang melibatkan bukan Islam.

Bagaimanapun, titah baginda itu bukan sahaja tidak dipedulikan malah terus diperolok-olokkan dari semasa ke semasa.

R.Sivarasa sebenarnya hanyalah golongan yang mengambil kesempatan. Dia tidak akan berpeluang untuk mengganggu hal ehwal agama Islam kalau tidak kerana umat Islam itu sendiri yang menjemputnya.

Itulah yang berlaku.


Walaupun R.Sivarasa memberikan alasan pada mulanya, konon dia adalah wakil Menteri Besar dan kemudian memberi lagi alasan yang dia hanyalah memberi ucapan pendek di hadapan mimbar masjid, kesempatan tersebut tidak akan diperolehinya jikalau AJK Masjid benar-benar faham tentang tanggungjawab mereka terhadap masyarakat, bukannya terhadap parti politik.

Ada juga yang berhujah kononnya zaman Nabi s.a.w dahulu, ada juga kaum kafir yang masuk masjid tetapi yang mereka tidak mengambil kira, orang kafir berkenaan tidak pernah berucap keada umat Islam di hadapan mimbar masjid dan mengajar hal ehwal dunia terutama yang membabitkan hal-hal Islam. Kalau ada pun, dalam satu peristiwa, Nabi s.a.w mencabar mereka bermuhabalah atau bersumpah laknat apabila kaum Nasrani Najran cuba memperolok-olokkan baginda dengan ketuhanan Jesus mereka.

Peristiwa tersebut tercatat di dalam ayat ke-61 Surah Al-Imran.

Justeru apabila AJK Masjid berkenaan dengan rela hati membenarkan R.Sivarasa yang kita ketahui tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal ehwal Islam tetapi hanya mahu mendapatkan undi dan sokongan daripada pengundi-pengundi beragama Islam dengan cubaan menunjukkan kononnya dia prihatin tentang Islam, tindakan mereka sebenarnya bukan sahaja melanggar titah perintah DYMM Sultan Selangor tetapi sebenarnya memperolok-olokkan sikap yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w terhadap kaum kafir yang menggunakan masjid untuk kepentingan mereka.

Semua itu tidak akan berlaku sekiranya kalau tidak orang Melayu yang gila nak jadi liberal itu yang berperangai gila!

Friday, May 26, 2017

MEJAR YANG DIPECAT, ZAIDI AHMAD 'DIHANTAR' GUAN ENG UNTUK BUKTIKAN PENENTANG DAP GILA MENAMPAR ORANG!!!




Bekas pegawai TUDM yang dipecat kerana melanggar undang-undang tentera tetapi berbohong mengatakan dia dipecat kerana dakwat kekal sebelum diambil bekerja oleh Lim Guan Eng sebagai Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad, hari ini makan penampar setelah melakukan provokasi terhadap peserta himpunan membantah campurtangan Kerajaan Pulau Pinang di Georgetown hari ini . 

Dia dilihat, dirakam dan disaksikan cuba melakukan provokasi ketika bekas Ketua Pemuda PAS negeri, Mohamed Hafiz Nordin menyampaikan ucapan. 



Kejadian tersebut berlaku di Masjid Simpang Enam kira-kira jam 2:30 petang tadi. 

Provokasi Zaidi dihalang oleh beberapa orang peserta lain sebelum seorang daripada peserta berang dengan gelagat Zaidi dan menamparnya. Bagaimanapun kekecohan itu segera dikawal dengan kehadiran beberapa orang anggota polis yang berada di tempat kejadian. 



Zaidi bagaimanapun, menafikan yang dia melakukan provokasi Sebaliknya menurut Zaidi, yang beberapa hari lepas terlibat dalam acara debat tetapi bukan sahaja tidak dapat menjawab bahkan membodoh-bodohkan dirinya sendiri dalam usaha mempertahankan Lim Guan Eng, dia hanya mahu mendapat kepastian fatwa negeri yang manakah yang dicampuri oleh Kerajaan Pulau Pinang. 

Bagi sesiapa yang berada dalam group WhatsApp bersama-sama Zaidi, sudah pasti tahu, Zaidi sebenarnya berlagak naif atau barangkali memang terlalu bodoh untuk semua isu kecuali COPY AND PASTE perkara yang sama berulang-ulang dan apabila ditanya, dia tidak boleh menjawab satu benda pun yang dituduhnya. 


ISU PROTON: MAAF LA MAHATHIR... NASIONALISME DAN AIR MATA BUAYA DAH TAK LAKU, ORANG DAH TAHU 'RAHSIANYA'!!!



Pukau dan sihir Mahathir tentang 'nasionalisme' sudah semakin sampai ke penghujungnya. Semakin ramai yang membuka mata dan tidak lagi tersihir buta-buta dengan dendangan nasionalisme tetapi pada masa yang sama, kroni-kroninya mengaut keuntungan besar daripada hasil pukau dan sihir tersebut.

'Tangisan' Mahathir kononnya kerana sedih PROTON telah berpindah menjadi milik China sebenarnya bukan sahaja tidak berasas bahkan menyembunyikan sifat tamak halobanya yang selama ini bijak disembunyikan di sebalik kononnya 'nasionalisme'.

Semenjak tahun 2012 lagi, PROTON bukan lagi syarikat kerajaan, sebaliknya milik DRB-HICOM yang merupakan milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang dibantu oleh kerajaan kerajaan kerana nostalgia dan sentimen semata-mata, bukan untuk mengaut keuntungan dan memajukan industri automotif negara.

Kerjasama dengan Geely dari China, kini membolehkan DRB-HICOM dan PROTON sendiri berdiri di atas kaki sendiri berbanding menyedut berbilion wang cukai rakyat negara ini hanya untuk sebilangan kroni Mahathir yang menggunakan PROTON sebagai kawah duit.

Semakin ramai yang membuka mata, PROTON rugi bukan kerana produknya tetapi kerana ia dihasilnya menggunakan wang negara, hanya untuk kepentingan kemewahan sekelompok manusia tertentu sahaja dengan rakyat Malaysia 'dipaksa' menerima 'produk tin milo' yang berharga mahal dan tidak setimpal. Dan kerana itulah, produk PROTON tidak pernah berkembang keluar dari negara ini walaupun telah wujud lebih 30 tahun.

Kalau kita teliti apa yang gelagat dan reaksi Mahathir berhubung PROTON, satu perkara sahaja yang ditunjukkan oleh Mahathir iaitu kebimbangannya semua kemudahan penjarahan akan terhenti dan semakin menyusahkan.

Tahun lepas atau lebih tepat lagi Oktober 2016, Mahathir mengadu bahawa 'peniaga kenalannya tidak dibenarkan mengadakan perniagaan dengan PROTON. (RUJUK SINI)

Kemudian pada Februari 2017, Mahathir kata dia terbuka dengan pelaburan syarikat China di dalam PROTON asalnya kepentingan vendor-vendor PROTON terjaga. (RUJUK SINI)

Mei 2017, Mahathir menangis kerana apa yang dibimbanginya benar-benar berlaku (RUJUK SINI). PROTON bergerak di atas landasaan perniagaan yang betul dan tidak lagi menjadi kawah duit untuk kroninya.

PROTON sebenarnya dibangunkan oleh Mahathir dengan perkongsian 70% HICOM dan 0% Mitsubishi. Mungkin bagi Mahathir, 30% pegangan oleh Jepun bukanlah menjual negara tetapi 49.9% pemilikan syarikat dari China pula dianggap sebagai menjual negara?

Jualan PROTON mulai merudum pada 2003 ketika Mahathir masih lagi Perdana Menteri dan dia adalah penasihat PROTON. Kedudukan PROTON telah dipotong dua tahun kemudian oleh PERODUA iaitu pada tahun 2005.

2012, PROTON bukan lagi syarikat kerajaan apabila ianya dijual kepada Syed Mokhtar. Mahathir tidak pernah komplen tentang jualan tersebut, malahan para penyokongnya menyifatkan pemilikan PROTON oleh Syed Mokhtar akan melonjakkan lagi syarikat berkenaan.

Malahan, Mahathir dalam temuramahnya pada 12 Disember 2011 berkata, PROTON harus dijual kepada DRB-Hicom - syarikat yang baginya diuruskan dengan baik dan mempunyai kapasiti untuk menukar PROTON dari sebuah syarikat rugi kepada syarikat untung tanpa menjejaskan vendor-vendor yang dipertahankan Mahathir. (RUJUK SINI)

Ketika itu, Mahathir masih lagi Penasihat dan kemudian dilantik sebagai Pengerusi PROTON.

Mahathir hanya melepaskan jawatan pada 2016 apabila PROTON membuat kerugian besar dan gagal membayar para pembekalnya sekaligus menyebabkan puluhan tenaga kerja berhadapan dengan risiko pembuangan.

Kerajaan terpaksa masuk campur dengan pemberian pinjaman mudah RM1.5 bilion yang digunakan oleh PROTON untuk menyelesaikan masalah dengan para pembekal. Pada 2016, PROTON kerugian RM1.4 bilion dan kedudukannya di pasaran telah diambilalih oleh HONDA. Sekali lagi Kerajaan terpaksa mencucuk RM1.7 bilion pinjman bag membolehkan syarikat tersebut hidup dan para pekerjanya masih ada bergaji.

Secara keseluruhannya, kerajaan telah meyalurkan RM3.1 bilion untuk bail out kegagalan Mahathir. Dan sekarang, apabila syarikat swasta yang Mahathir minta kerajaan jual PROTON kepada mereka, menjual pegangan 49.9% kepada rakan kongsi asing untuk terus hidup, Mahathir kata dia mahu menangis dan menyalahkan kerajaan?

Ironinya, anaknya merupakan pengedar Porsche di Malaysia. Mengapa bapa yang konon-kononnya seorang nasionalisme, anaknya pula langsung tidak mahu menjual produk PROTON?


Thursday, May 18, 2017

BUKAN SALAH JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA TAPI PBT-PBT DI SELURUH MALAYSIA SEBENARNYA YANG MENTERNAK DAN MELINDUNGI PENIAGA-PENIAGA KECIL PENDATANG ASING!!!



Cerita tentang pendatang asing yang boleh berbuat sesuka hati di Malaysia, bukannya cerita baru. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia ini yang sanggup memberikan layanan istimewa kepada pendatang asing dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka, dengan ditanggung oleh wang cukai rakyat Malaysia.

Pergilah ke mana-mana, wajah pendatang asing terutama yang datang dari Asia Selatan boleh ditemui di mana-mana. Mereka juga bebas bergerak ke sana ke mari. Bebas juga untuk tinggal di mana-mana mereka suka. Bahkan mereka menakluk dan menjarah kawasan-kawasan tertentu pada hari-hari tertentu seperti di Jalan Silang, tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

Dari Perlis sehinggalah ke Sabah, mereka sudah jadi seperti anai-anai.

Tidak dinafikan Jabatan Imigresen Malaysia di bawah kepimpinan Mustafar Ali membuat dan mengambil tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa. Jauh berbeza berbanding kepimpinan terdahulu.

Namun, tindakan Jabatan Imigresen semata-mata tanpa disokong oleh penguatkuasaan oleh PBT, dilihat seperti mencurahkan air ke daun keladi.

Masuklah ke kawasan-kawasan perumahan mahupun ke pasar-pasar malam di seluruh Malaysia, pasti akan ada pendatang asing yang sedang berniaga walaupun kebanyakan mereka, masuk dengan permit pekerja ladang, pembantu rumah, pekerja kilang dan sebagainya.

Dengan kewujudan perkampungan-perkampungan mereka yang cukup kebal di serata negara, mereka, pendatang-pendatang asing menutup banyak peluang rakyat tempatan khususnya para peniaga kecil.


Bukan tidak ada kes di mana para peniaga kecil pendatang asing yang cuba menghalau peniaga-peniaga kecil warga tempatan. (RUJUK SINI) Banyak kes sebegitu sebagaimana yang kita dapat lihat berlaku di Chow Kit mahupun di pasar-pasar tamu di Sabah. Warga asing secara agresif telah mengambil kesempatan daripada budi baik warga tempatan untuk menunjukkan betapa samseng dan kaharnya mereka.

Kesalahan tidak boleh diletakkan pada pundak Jabatan Imigresen semata-mata. Sebaliknya PBT-PBT yang dilihat sangat gagal menjalankan tugas adalah pihak sebenar yang menggalakkan warga asing untuk berlagak sombong dan angkuh seolah-olah mereka telah berjaya menguasai dan menjajah negara ini.

Harapan-harapan retorik daripada pihak atasan kononnya warga asing tidak dibenarkan berniaga dan merampas hak warga tempatan, tidak pernah dikuatkuasakan oleh PBT. Kalau ada pun, ia tidak lebih daripada sekadar satu lakonan bermusim semata-mata.

Pergilah ke Pasar Chow Kit atau Selayang. Cuba tengok dan kira, berapa peniaga tempatan berbanding peniaga pendatang asing yang seringkali memberi alasan mereka adalah pekerja kepada pemegang permit dan lesen walaupun hakikatnya, mereka adalah penyewa dan pemajak lesen perniagaan.

Mengapa tidak tegas. Kalau sudah pendatang asing itu datang atas permit kerja kilang atau kerja ladang, mengapa pula mereka dibiarkan berniaga?


TAMPARAN MAT OVER KE MUKA DAVID TEO... ANTARA ADAB DAN TARAM LAMA!!!



Walau apa pun yang berlaku semasa Sesi TN50 membabitkan penggiat seni semalam, sesuatu yang positif harus dipandang dan dicungkil keluar.

Sebahagian besar daripada penggiat seni yang datang ke rumah PM itu sebenarnya mempunyai sikap yang sangat skeptikaldan kritikal terhadap Perdana Menteri. Malah tidak kurang juga yang memperolok-olokkan Najib dan Kerajaan di media-media sosial dengan pelbagai kecaman dan tuduhan.

Namun adab dan sopan tetap menjadi pegangan. Adat sebagai tetamu tetap dijaga.

Difahamkan, masalah David Teo adalah dengan Rosyam Noor. Pemilik syarikat filem itu tidak berpuas hati kerana Rosyam lambat memberi peluang kepadanya untuk bertanya. Namun gaya dan pertuturannya yang kedengaran dan bernada provokasi, menyebabkan ada yang naik angin.

Mat Over atau Sulaiman Yassin hanyalah manifestasi daripada sekalian ramai yang tidak berpuas hati dengan David Teo.

Industri hiburan juga sama seperti industri politik. Ada benci ada sayangnya.

ADAB adalah kunci kata daripada insiden malam tadi.

Tak kisahlah siapa yang betul dan siapa yang salah.

Di sebalik insiden tersebut, isu tentang geran kerajaan untuk industri filem kembali diperkatakan. Peruntukan yang dilihat ramai sebagai satu pembaziran memandangkan kebanyakan filem yang terhasil dan dihasilkan terutama daripada golongan yang paling pandai bercakap mengkritik kerajaan itu ini, sebenarnya tidak lebih bertaraf sampah dan tidak ke mana.


Berapakah geran yang telah disapu oleh David Teo untuk syarikatnya? Berapakah jumlah keseluruhan yang disapu oleh David Teo untuk menyajikan karya-karya sampah dan hiburan ringan kepada masyarakat Melayu memandangkan operasi dan khalayak yang menonton produk-produknya adalah Melayu?

ADAB tetap kunci kata daripada insiden malam tadi.

Daripada sekian banyak sikap biadap yang dilakukan bahkan provokasi melampau ke atas orang Melayu dan umat Islam di negara ini oleh orang-orang bukan Melayu, khususnya dari DAP, manifestasi kekerasan pasti akan terjelma dengan pelbagai asbab dan sebab-sebab yang tersendiri.

Semuanya kerana ADAB!!!


Malanglah buat David Teo walaupun pada masa yang sama, Nga Kor Ming memberikan sokongan kepadanya, bahkan juga mendapat sokongan daripada para penyokong DAP yang lain. Pastinya kemarahan terhadap dia yang tidak BERADAB akan berpanjangan termasuklah pertikaian tentang 100 buah filem Melayu yang dicita-citakannya untuk diterbitkan nanti.

Cuma agak menarik juga apabila terdengar perbualan antara Rosyam Noor dengan Najib Abdul Razak dalam klip berkenaan:"

Rosyam: Dia memang kurang ajar.
Najib: Tapi tak bolehlah sampai pukul-pukul. Salah tu tetap salah.




Wednesday, May 17, 2017

DR. KAMARUL DEDAH BAGAIMANA DIA DISERANG BERTALU-TALU OLEH PENYOKONG DAP DAN PAN SERTA PKR SELEPAS DEDAH OPERASI HANNAH YEOH!!!!



Bertalu-talu nampaknya serangan yang dibuat terhadap diri saya ekoran laporan polis yang saya buat terhadap Hannah Yeoh. Bermacam-macam kata nesta yang keluar khususnya daripada mulut pemimpin dan penyokong DAP dan AMANAH, termasuk juga PKR, terhadap saya.

Apa yang tidak keluar dari mulut mereka hari ini? Bodoh,  bongok, bangang, dungu, kangkung, paranoid, pathetic, hampir semua kata-kata buruk yang biasa digunakan dihamburkan kepada saya. Sungguh pelik saya begitu bersungguhnya mereka, khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, hingga sanggup menghina saudara sendiri semata-mata kerana mahu membela Hannah Yeoh.

Banyak daripada komen negatif yang diberikan, termasuk oleh beberapa orang peguam yang agak terkenal, antaranya daripada AMANAH, berkisar di sebalik dakwaan bahawa tidak munasabah untuk dibayangkan bahawa buku Hannah Yeoh boleh mendorong pembacanya menganut agama Kristian atau cenderung kepada agama Kristian, yang disertakan dengan hinaan mengenai lemahnya tahap iman saya dan penganut agama Islam lain di Malaysia.

Hujjah ini jugalah yang digunakan oleh Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, yang menyebut secara spesifik kononnya dakwaan saya bukan sahaja menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia pelbagai agama, tetapi juga menunjukkan tahap kualiti ahli akademik di negara ini. Kata beliau, seperti kata yang lain, “Umat Islam, Hindu, Buddha dan bukan Kristian lain di negara ini tidak akan memeluk agama Kristian dengan hanya membaca buku Hannah”.

Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pula dilaporkan membela Hannah Yeoh dengan bertanya, “Sejak bila bukan Islam tidak dibenarkan bercakap tentang agamanya sendiri?” Begitu juga Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub, yang mendakwa Hannah Yeoh diberi kebebasan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengamalkan agama pegangan beliau dengan aman dalam negara kita.

Bagi saya, semua hujah yang diberikan ini melambangkan kebodohan penuturnya, baik Lim Lip Eng, Lim Guan Eng, Salahudin Ayub atau siapa saja yang berpandangan sama.

Selaku ahli politik atau selaku peguam, takkanlah mereka tidak tahu bahawa Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa “Undang-undang Negeri dan, berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam”?

Sebab itulah maka Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam diwujudkan di peringkat negeri di mana salah satu daripada seksyen kecilnya memperuntukkan bahawa “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seseorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu”.

Jelas diperuntukkan di dalam satu seksyen kecil lain (4) bahawa “Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen kecil (1) bahawa orang lain itu telah tidak terpengaruh oleh apa-apa perkara yang diperkata atau dilakukan oleh orang yang dituduh itu kepadanya”.

Maksudnya adalah, sama ada orang beragama Islam yang dipujuk, dipengaruhi atau dihasut “supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu” benar-benar menjadi penganut atau anggota agama itu atau benar-benar cenderung kepada agama itu adalah tidak berbangkit.

Bila anda atau rakan anda didapati memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seseorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu, maka ia adalah tetap satu kesalahan walaupun usaha anda atau rakan anda itu menemui kegagalan.

Jika anda benar-benar mengakui kedaulatan undang-undang, anda cabar sajalah enakmen ini di mahkamah jika anda tidak berpuas hati dengannya. Usahlah jadi bangang dengan mengaitkannya dengan kelemahan tahap iman saya dan penganut agama Islam lain di Malaysia pula.

Dr Kamarul Zaman Yusoff


PAS KELANTAN KEPADA LANTIKAN POLITIK PKR: NAK BELAH, SILALAH BELAH... NAK TUNGGU, TUNGGU LAH!!!



Ketika PKR cuba membuatkan PAS rasa tertekan setelah mengeluarkan arahan agar semua wakil PKR yang menjadi lantikan politik untuk pentadbiran dan syarikat-syarikat berkaitan negeri meletak jawatan serta-merta, sekaligus mencetuskan panik di kalangan para pemimpin PAS, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dengan tenang berkata, semua ahli PKR yang dilantik dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan, bebas sama ada untuk meneruskan khidmat atau meletakkan jawatan sebagaimana yang diarahkan oleh parti mereka. 

Kata Takiyuddin, walaupun PKR beria-ia mahukan ahli-ahli mereka meletak jawatan tetapi PAS Kelantan tidak akan membuat sebarang keputusan sebaliknya menyerahkan kepada ahli-ahli PKR itu sama ada untuk meletakkan jawatan atau sebaliknya. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah lewat semalam, PKR mahukan semua lantikan politik PKR di dalam Kerajaan Negeri Kelantan letak jawatan serta merta. 

Naib Presiden PAS, Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Kelantan sebenarnya berharap agar lantikan-lantikan PKR itu tidak meletak jawatan. Manakala Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir berkata, dia masih menunggu surat rasmi dari Ibu Pejabat PKR sebelum mengambil sebarang keputusan. 

Tanpa mendedahkan jumlah sebenar, Ab Aziz berkata, sejumlah besar ahli PKR yang dilantik sebagai penghulu, penyelaras DUN dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan. 

Minggu lepas, Majlis Syura PAS, badan pembuat keputusan tertinggi PAS telah membuat ketetapan untuk memutuskan sebarang bentuk kerjasama politik dengan PKR kerana beberapa perkara yang telah dicabuli oleh PKR. 

DAP OO DAP!!! DIA YANG ADA DUA KERAKYATAN, TAPI KONSPIRASI POLITIK YANG DIPERSALAHKAN SELEPAS TERKANTOI DAN HILANG KELAYAKAN SEBAGAI ADUN!!!



Bagi DAP, apa-apa yang berlaku ke atas mereka dan memberikan kesan buruk, adalah 'KONSPIRASI POLITIK'. Sehinggakan kelingking Lim Guan Eng yang sakit tetapi seluruh tangan berbalut pun, KONSPIRASI POLITIK juga.

Dan yang selalu dipersalahkan kononnya kerap melakukan konspirasi politik ke atas DAP adalah UMNO walaupun hakikatnya, UMNO sendiri tercengang-cengang dengan lakonan dan opera Lim Guan Eng serta DAP. 

Begitu jugalah dalam kes membabitkan bekas ADUN Pujut, Dr. Ting Tiong Choon yang merupakan bekas rakyat Malaysia yang memegang status kerakyatan Australia.

Secara jelas, Dr. Ting Tiong Choon telah pun melanggar undang-undang Malaysia apabila masih mengaku rakyat Malaysia walaupun dia sebenarnya telah kehilangan status tersebut pada April 2006 selepas memperolehi kerakyatan Australia. 

Tetapi bagi DAP, itu semua hanyalah konspirasi politik UMNO!

Kementerian Dalam Negeri dilaporkan akan menyiasat Dr. Ting Tiong Choon berhubung tindakannya memegang dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Australia.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat, Kementerian akan menyiasat isu berkenaan dan Ting akan dipanggil untuk disoalsiasat.

Menurutnya lagi, Kementerian Dalam Negeri akan menjalankan siasatan untuk memastikan maklumat tersebut adalah tepat bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil termasuklah menyerahkan kepada Menteri Dalam Negeri apabila siasatan selesai dijalankan. 

Beberapa hari lepas, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi menyatakan, rakyat Malaysia yang memegang status kerakyatan negara lain, secara automatik akan kehilangan status kerakyatan Malaysia mereka. 

Dr. Ting besar kemungkinan telah melanggar Perlembagaan Persekutuan seandainya benar dia memiliki dua kerakyatan pada satu-satu masa. Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan rakyat Malaysia memiliki dua kerakyatan.

Ting ketika dilucutkan kelayakannya sebagai ADUN mengakui dia telah menggugurkan kerakyatan Australianya sebulan sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak 2016 diadakan. Sekaligus membenarkan dakwaan bahawa dia memang telah memegang dua kerakyatan yang merupakan satu kesalahan menurut undang-undang Malaysia, sekaligus tidak melayakkan dia untuk menjadi calon mana-mana parti politik atau terlibat dalam politik di Malaysia. 

Pun begitu, Ting berkata, dia akan memberikan kerjasama kepada Kementerian Dalam Negeri dan berkata, "Semua ini hanyalah KONSPIRASI POLITIK".


MAHATHIR MARAH PAS AKAN MENANGKAN UMNO PADA PRU-14 NANTI, BUKAN MENANGKAN DAP!!!



Tidak puas hati setelah menyerang PAS menerusi tulisan di blognya, semalam Mahathir mengulangi perkara ayat-ayat yang sama semasa berceramah dalam Program Semarak Cap Bunga di Kubang Pasu. Keengganan PAS untuk mendengar dan akur dengan kehendaknya, benar-benar membangkitkan kemarahan Mahathir.

PAS sebelum ini telah membuat keputusan untuk menjarakkan diri daripada Pakatan pembangkang. Namun bagi Mahathir, keputusan PAS itu hanya akan mengurangkan undi Melayu dan akan memberikan kemenangan mutlak kepada Barisan Nasional. 

Mungkin Mahathir terlupa bahawa PAS sudah biasa dengan kekalahan. Penyertaan PAS dalam PRU, lebih banyak kalah berbanding menang semenjak tahun PRU pertama tahun 1955 lagi. Dan pengalaman PAS sebagai petanding SOLO, jauh lebih lama berbanding DAP yang digilai oleh Mahathir sekarang ini. 

Kata Mahathir, sama ada PAS bekerjasama atau tidak dengan UMNO, penyertaan PAS dalam PRU akan mengurangkan sokongan kepada Pakatan Harapan dan PAS sendiri. Pakatan dan PAS akan kalah, kata Mahathir. Sebaliknya yang akan menang adalah BN. 

"Itulah sebenarnya matlamat PAS. Mereka berjuang bukan untuk bangsa atau agama, tetapi untuk melemahkan Melayu," kata Mahathir di dalam blognya.


Mahathir barangkali masih lagi terbuai dengan kenangan silam ketika PAS merupakan musuh utama UMNO-BN sepanjang dia menjadi Presiden parti dan Perdana Menteri. Mahathir tidak dapat menerima hakikat, PAS sekarang lebih 'mesra' dengan UMNO di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak terutama selepas Mahathir dan anaknya keluar atau disingkirkan dari parti.

Mahathir mempersoalkan 'kejayaan' PAS sepanjang kewujudan parti itu. Mahathir mempersoalkan jumlah kerusi yang dimenangi oleh PAS hasil daripada penyertaan dalam pakatan dan selepas keluar pakatan. Bagaimanapun, Mahathir langsung tidak menyebut tentang jumlah kerusi yang dimenangi oleh DAP dan PKR sebelum dan selepas dibantu oleh PAS.

Apabila PAS didaftarkan secara rasmi pada 1951, proses demokrasi di negara ini sudah pun bermula setelah parti-parti lain sebelum itu - kecuali UMNO - diharamkan oleh British. PAS merupakan imbangan kepada UMNO yang pada waktu itu dikuasai oleh kelompok feudal yang bercakap tentang rakyat tetapi kehidupan mereka tidak seperti rakyat kebanyakan waktu itu, termasuklah Mahathir sendiri.

Demokrasi itu sendiri adalah memecahkan kelompok majoriti menjadi minoriti. Pakatan seperti Pakatan Harapan dan Barisan Nasional perlu dibentuk dengan menggabungkan parti-parti politik yang berasaskan kaum, agama, fikrah mahupun kepercayaan sosial, dalam satu kelompok besar yang kemudian akan diketuai oleh pihak yang lebih berperancangan strategik sama ada dari segi logistik mahupun dari segi kekuatan propaganda.

Dalam Barisan Nasional, yang ulung adalah UMNO. Manakala dalam Pakatan Harapan, yang ketara lebih supremacy adalah DAP, manakala Mahathir dan Cap Bunga pula sekadar menempel dan disuruh bekerja bagi pihak DAP.

Kalau PAS dikatakan hanya memecahkan undi Melayu kepada Pakatan, bagaimana pula dengan kewujudan Cap Bunga yang memecahkan undi Melayu kepada UMNO-BN memandangkan majoriti ahli-ahli serta penyokong Cap Bunga datangnya dari UMNO sendiri?


Kalaupun PAS bekerjasama dengan UMNO pada PRU akan datang, yang tetap akan menjadi Perdana Menteri dan tunjang Kerajaan Persekutuan adalah UMNO, sedangkan menyokong, memangkah mahupun beriya-iya membenarkan kata-kata Mahathir, hanyalah sekadar untuk mengukuhkan kedudukan DAP yang sudah pun membuat ketetapan mereka akan bertanding di 75 kerusi Parlimen yang 'putih' dan 'kelabu' pengundi-pengundi Cina.

Atau dalam bahasa yang lebih tepat, daripada 75 kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh DAP, sekurang-kurangnya 60 kerusi Parlimen sudah berada dalam genggaman. Baki 162 kerusi Parlimen yang lain akan dibahagi-bahagikan antara Cap Bunga, PKR, PAN dan Warisan Sabah. 

Cap Bunga sudah tentu tidak akan bertanding di Sabah kerana 25 kerusi Parlimennya sudah pasti akan dibahagi-bahagikan antara PKR, DAP dan Warisan. Begitu juga dengan 31 kerusi Parlimen Sarawak, Cap Bunga tidak akan mempunyai peluang untuk bertanding di negeri itu kerana rekod buruk Mahathir sendiri. 

PAS menangkan UMNO atau sebenarnya Cap Bunga dan Mahathir yang mahu menangkan DAP?

Tuesday, May 16, 2017

SEDANG TULAR KENYATAAN MEDIA, PKR PECAT TIGA ORANG EXCO PAS SELANGOR!!!



Khabarnya ada mesyuarat yang telah dijalankan oleh PKR membabitkan Kerajaan Negeri Selangor malam ini. Khabarnya juga Mesyuarat Biro Politik PKR itu lebih tepat lagi adalah untuk membuat keputusan berhubung kedudukan tiga orang Exco PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor dan keputusan telah pun dibuat.

Ada kenyataan media yang digunakan atas nama Wan Azizah Wan Ismail sedang ditularkan sekarang ini. Bagaimanpun, kesahihannya belum lagi dapat dipastikan.

Semalam, satu kenyataan media daripada Salehhin Mukhyi telah dipalsukan dan disebarkan. Kenyataan asal adalah terhadap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar. Bagaimanapun, kenyataan media yang dipalsukan itu, telah membuang nama Noh Omar sebaliknya digantikan dengan 'Presiden PAS'. Kenyataan palsu tersebut kemudiannya ditularkan oleh puak-puak Cap Bunga dan PKR di media-media sosial.

KENYATAAN MEDIA

KEADILAN telah mengambil keputusan didalam Mesyuarat Biro Politik PKR yang bersidang dan telah bersetuju sebulat suara untuk memecat 3 Exco PAS di dalam Kerajaan Selangor berkuatkuasa serta merta.

KEADILAN akan mengarahkan YAB Dato' Seri Azmin Ali menghadap Sultan sekembalinya dari Brusell untuk menghantar nama barisan Exco yang baru. Kekosongan Exco tersebut akan diisi oleh KEADILAN dan DAP. 

Perkembangan terbaru ini tidak sama sekali menjejaskan kerajaan negeri Selangor memandangkan kerajaan negeri hari ini mendapat mandat penuh rakyat negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali akan terus berfungsi seperti biasa untuk fokus membangun negeri dan memenuhi aspirasi rakyat.

KEADILAN mengulangi tekad untuk terus menentang kerajaan UMNO BN dan PAS untuk mencapai matlamat murni ini semua parti politik progresif mesti bergabung tenaga dan bersatu untuk menyelamatkan Malaysia dengan mengenepikan kepentingan parti masing-masing dan meletakkan agenda rakyat sebagai kerangka kepentingan bersama.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
16 Mei 2017


##TERKINI 10:45 MALAM

PKR menafikan telah mengeluarkan kenyataan media itu dan menyatakan, kenyataan media tersebut adalah PALSU.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi laman Facebook rasmi PKR.





SPRM DITUNTUT BUAT SIASATAN BERHUBUNG PERTUBUHAN MILIK MUFTI PERLIS, AL-QAYYIM!!!



1. Sehari dua Dr Maza yang dikenali lantang hanya berdiam diri. Membiarkan Admin facebooknya Abu Hafiz Salleh Hudin yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim menepisnya. Habis dikerahnya NGO membela Dr Maza seperti IPSI, PROmedia Tajdid, IKRAM dan individu-individu tertentu. Kononnya semua sukarela! Fund Rising IQ dengan jualan meja sehingga RM30 ribu nyata memakan diri. Facebook Maza penuh dengan komen serangan netizen. Apabila kena batang hidung habis semua dikerahnya.

2. Dr Maza dan pengikutnya lupa persoalan yang netizen bangkitkan. Adminnya masih menegakkan hal relevannya kutipan derma dan penjualan meja sehingga ribuan ringgit itu. Sebenarnya 7 PERSOALAN yang perlu dijawab oleh Dr Maza dan Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim.

i. Pertama: Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim diasaskan oleh Dr Maza sendiri bersama Ustaz Abd Rasyid bin Idris berpengkalan di Mengkuang, Bukit Mertajam. Dalam erti sebenar Pertubuhan ini milik Dr Maza. Dr Maza aktif menggunakan pertubuhan ini ketika tidak menjawat jawatan Mufti. Malah menggunakan namanya atas berkempen mengutip derma seperti pada tahun 2013, memohon sumbangan RM150 ribu ke akaun CIMB 07130000756107 bagi melangsaikan pembayaran tanah bersebelahan Dewan Al Qayyim, Bukit Mertajam. Sehingga kini Dr Maza walaupun dilantik semula sebagai Mufti Perlis kekal aktif dalam pertubuhan ini sebagai Penasihat Pertubuhan. Bukankan jelas terdapat unsur Kepentingan Dr Maza dalam pertubuhan ini.

ii. Kedua: Kerana ada kepentingan Dr Maza dan pertubuhannya menggunakan kedudukannya sebagai Mufti untuk mengutip derma. Apa perlunya penjawat awam seperti Mufti yang memiliki NGOnya mengumpul dana awam melalui jualan meja sehingga RM30,000? Sebab apa? hanya dengan nama Mufti para penderma akan tampil ke depan membeli meja? Ini sangat bertentangan dengan peraturan penjawat awam Pekeliling perkhidmatan 3/1998 menerima dan mengutip derma.

iii. Ketiga: Bagi mengukuhkan lagi kedudukan Dr Maza dalam NGO miliknya ini maka Abu Hafiz Salleh Hudin proksi Dr Maza yang kini sebagai 'Admin' Facebook Dr MAZA.com dilantik sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim. Bukankah ini satu cara Dr Maza terus menggunakan NGO ini termasuk dana yang diterima dari pihak luar?

iv. Keempat: Dr Maza sebagai Mufti Perlis dan ada pengaruh terhadap Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) turut memberikan bantuan kewangan kepada Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim. Bukti-bukti program juga wujud. Bukankah ini satu bukti penyalahgunaan kuasa sehingga memberikan dana bantuan untuk NGO yang diasaskannya sendiri? Dalam masa sama terus terlibat mengutip derma awam menggunakan kedudukannya sebagai Mufti.

Al Qayyim ke Amerika Syarikat- Dr Maza merasmikan AGM MISG. AJK berkepentingan Dr Maza dalam pertubuhan turut dilantik AJK Majlis Fatwa Negeri (Syor Dr Maza, Mufti)

v. Kelima: Apakah benar Dr Maza dan Pertubuhannya sengaja menyebarkan penjualan meja secara berpakej berkontroversi agar publisiti meluas dapat dilakukan. Bagi mereka Dr Maza Mufti Perlis kekal ada dan jualan meja iftar tetap tidak terjejas sekalipun dikecam netizen sebagai penjual agama. Bagi mereka menggunakan nama penasihat dan pengasas asal Al Qayyim akan terus melariskan jualan meja apatah lagi diadakan di PWTC. Tetapi Pertubuhan Al Qayyim terlupa Dr Maza sebagai pengasas NGO adalah seorang Mufti di Negeri Perlis! Malah Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim Dr Muhammad Rozaimi Ramle (Pensyarah UPSI) dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersama Dr Maszlee Malik (UIA- AJK IQ) di atas syor Dr Maza selaku Mufti Perlis. Apa maksudnya?

vi.  Keenam: Memandangkan Dr Maza Mufti Perlis sebagai Pengasas dan Penasihat Pertubuhan Kebajikan Al- Qayyim dan punya kepentingan dalam urusan pendapatan dan perbelanjaan pertubuhan (sehingga meminta derma) adalah wajar Dr Maza dan Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim mendedahkan penyata tahunan pendapatan dan perbelanjaan mereka yang telah diaudit untuk mengesahkan kebenaran siapa penderma, jumlah yang dana yang mereka dapat dan ke mana dana itu dibelanjakan. Menurut sumber dalaman Al Qayyim penyata ini tidak pernah dilihat serta dilaporkan sejak ia ditubuhkan. AGM pertubuhan ini juga tidak pernah diketahui. Rafizi Ramli dari INVOKE misalnya menjawab kontroversinya bab pendapatan pertubuhannya. Jadi NGO Al Qayyim juga tiada masalah untuk berbuat demikian.

vii. Ketujuh: Menurut sumber dalaman Pertubuhan Al Qayyim pada tahun 2016 kutipan dana derma berjumlah RM 16 juta. Ia tidak pernah diisytiharkan. Tidak diketahui siapa penderma ke mana ia dibelanjakan. Hanya pengurusan tertinggi pertubuhan sahaja mengetahuinya. Ia tidak pernah didedahkan dalam AGM mereka. Penyata tahunan juga tidak pernah dikeluarkan. Jadi amat penting Dr Maza dan Pertubuhan miliknya mendedahkan perkara sebenar. Rakyat perlu tahu.

3. Anda boleh bayangkan cara Dr Maza mengumpul wang untuk NGOnya menggunakan jawatannya sebagai Mufti Perlis. RM16 juta dalam akaun mereka dan kini katanya jualan meja RM30ribu Iftar Perdana habis terjual. Agaknya berapakah jumlah wang NGO ini tahun sehingga pertengahan 2017?

4. SPRM wajar menyiasat Dr Maza dan akaun Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim memandangkan terdapat kepentingan Dr Maza di dalamnya. Kita bimbang jumlah wang sebanyak itu diberi kepada tujuan-tujuan lain termasuk politik kepartian. SPRM perlu menyiasat apakah sumbangan dan kutipan derma teratur sebagaimana dalam perlembagaan pertubuhan perlu diisytiharkan dalam Penyata Tahunan dan semua kutipan mereka disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan.Jika pertubuhan ini tidak dapat memberikan kerjasama adalah wajar disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA ) 2001

Nota: Ada desas-desus Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim tidak berdaftar. Mungkinkah juga seperti Rafizi Ramli INVOKE didaftar atas syarikat?

SUMBER: CAPTAIN M

SELEPAS 'BECOMING HANNAH', PAS DEDAHKAN PULA BUKU TULISAN IAN BUCHANAN YANG NAMA HANNAH YEOH DAN LIM GUAN ENG DIPERKATAKAN DI DALAMNYA!!!



Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengalu-alukan pendedahan yang dibuat oleh Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga Fellow Institut Kajian Strategi Islam Malaysia (IKSIM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, tentang hubungan DAP dan ajaran Kristian dalam konteks amalan berpolitik di negara ini. Pendedahan yang bertujuan mendedahkan hipokrasi DAP dalam mengamalkan politik sekular, telah diheret oleh media massa untuk melihat hubungan DAP dengan gerakan Kristianisasi. Secara umumnya, maklumbalas yang diberikan oleh pimpinan DAP khususnya Hannah Yeoh terhadap isu yang digembar-gemburkan oleh media, ialah dengan cuba menafikan keterlibatan DAP dengan gerakan Kristianisasi di Malaysia.

Berkaitan dengan isu ini, PPP melihat DAP tiada kesungguhan untuk membersihkan nama mereka daripada tuduhan-tuduhan tersebut. Dengan sikap berlepas tangan pimpinan-pimpinan DAP yang lain dan meletakkan beban untuk menjawab isu ini hanya kepada Hannah Yeoh, menunjukkan DAP bimbang isu ini akan meletup. Tuduhan berkaitan hubungan DAP dan gerakan Kristianisasi ini bukan sahaja akan menyebabkan masyarakat Islam semakin menyedari tentang siapa sebenar DAP, bahkan masyarakat Tionghua juga yang majoritinya beragama Buddha juga akan turut sedar. Sekiranya tuduhan ini benar, DAP akan kehilangan undi yang lebih besar dari kalangan pengundi-pengundi Islam, malah berkemungkinan juga akan kehilangan undi dari pengundi-pengundi masyarakat Tionghua.

DAP sepatutnya membersihkan nama mereka lebih awal lagi terutamanya selepas penerbitan sebuah buku bertajuk “Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia” pada awal tahun 2015. Buku ini ditulis oleh seorang ahli akademik dari New Zealand, Iain Buchanan, yang diterbitkan oleh International Movement for a Just World. Buchanan juga sebelum ini menghasilkan sebuah buku yang bertajuk “The Armies of God: A Study in Militant Christianity”. Di dalam kedua-dua buah buku ini, penulis cuba menggambarkan kewujudan gerakan Kristianisasi global yang melampau, digunakan oleh kuasa Imperialisme untuk mendominasikan politik dunia termasuk di negara-negara umat Islam seperti Malaysia.

Penulis telah memuatkan dalam kedua-dua buku ini bukti-bukti yang sarat tentang teori yang cuba beliau ketengahkan, iaitu wujud gerakan Kristianisasi melampau yang dipelopori oleh Imperialis, bukan sekadar penyebaran agama Kristian yang biasa seperti yang dilakukan oleh pendakwah-pendakwah Kristian yang lain. Berdasarkan pengamatan PPP, gerakan Kristianisasi melampau ini seperti yang difahami daripada tulisan Buchanan telah disekat di beberapa negara umat Kristian sendiri seperti Russia yang kuat berpegang kepada Ortodoks. Terdapat juga beberapa negara yang telah menghalang penyebaran gerakan seumpama ini, demi untuk menghalang campurtangan kuasa Imperialisme di negara-negara tersebut.

Sehubungan dengan itu, PPP mendesak supaya DAP menjawab buku Buchanan yang bertajuk “Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia” kerana di dalam buku tersebut secara jelas menyebut keterlibatan pimpinan-pimpinan DAP seperti Lim Guan Eng, Hannah Yeoh dan lain-lain. Sebagai contohnya pada mukasurat 26 hingga mukasurat 34, di bawah tajuk kecil “Dominionism: Lesson from Penang”, penulis menyebut tentang kaitan kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP. Nama Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh turut disebut di bawah tajuk kecil ini. PPP melihat pendedahan buku ini yang memalitkan DAP khususnya dengan gerakan Dominionism adalah perkara yang lebih utama untuk mereka jawab.

Buku yang ditulis oleh Buchanan ini, sekiranya apa yang didakwanya benar, ia merupakan ancaman kepada kestabilan negara. Penulis menyebut pada mukasurat 7 bahawa Malaysia secara khususnya sangat mudah diserang dengan gerakan Dominionism dan Christian Zionism. PPP juga mengambil perhatian bahawa penulis pernah membentang kajiannya berkaitan dengan gerakan Kristianisasi melampau ini dalam satu persidangan di Malaysia, yang dirasmikan ketika itu oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Melihat kepada kesan besar gerakan Kristianisasi melampau yang didedahkan oleh penulis ini, PPP sekali lagi mendesak supaya DAP memberi jawapan terhadap pendedahan buku tersebut yang telah berlegar di dunia maya sejak 2015 lagi.

Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki
Pegarah Pusat Penyelidikan PAS 

16 Mei 2017
20  Sha`ban 1438


CAP BUNGA MARAH '5 HANG' DALAM PAS KERANA GAGALKAN CUBAAN JADIKAN PAS BALACI CAP BUNGA!!!



Kecewa betul nampaknya parti Cap Bunga kerana gagal menjadikan PAS sebagai balaci mereka sepertimana yang pernah berjaya dilakukan oleh DAP dan PKR dalam dua PRU lalu.

Cap Bunga yang diketuai oleh Dr. Mahathir dan anaknya, Mukhriz Mahathir sudah bercita-cita untuk menguasai Putrajaya dengan mempergunakan PAS setelah melihat kejayaan yang dicapai oleh PKR dan DAP terutama sekali di Selangor dan Pulau Pinang.

Oleh kerana Dr. Mahathir merupakan faktor utama yang menjadikan PAS sebagai 'petualang politik' dengan pelbagai fatwa-fatwa pelik terhadap UMNO, Cap Bunga telah mengutuskan Muhyiddin Yassin dengan harapan auranya selaku bekas Timbalan Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri akan mengkagumkan para pemuka PAS bagi membolehkan rundingan, sekaligus meletakkan PAS sebagai balaci Cap Bunga untuk PRU akan datang.

Malangnya, PAS yang sudah terlalu lama mengkaji langkah-langkah dan taktik-taktik Dr. Mahathir, lebih awal menghidu cubaan tersebut. Di sebalik harapan besar Cap Bunga, PAS akhirnya menolak cita-cita Cap Bunga.

Itulah yang membuatkan Cap Bunga marah betul dengan PAS sehinggakan Ketua Biro Strategi dan Dasar Cap Bunga, Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff menamakan lima orang pemimpin PAS sebagai orang yang bertanggungjawab menggagalkan cubaan Cap Bunga.

Di sebalik banyak mesyuarat dan pertemuan yang berlangsung antara Cap Bunga dan PAS bagi membolehkan PAS menjadi jentera propaganda menaikkan Mukhriz sebagai Perdana Menteri, rancangan itu akhirnya telah digagalkan.

Kelima-lima orang yang disebut oleh Rais Hussin itu adalah Pengarah Pilihanraya PAS Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Ketua Penerangan Nasruddin Hassan, Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Pengarah Penyelidikan PAS Dr. Ahmad Zuhdi Marzuki.

Kata Rais, setiap kali perbincangan dibuat, kelima-lima orang itu akan tampil sedaya upaya mempertikaikan apa yang sudah ditandatangani antara Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS) dengan Cap Bunga.

Susah benar bagi para pentaksub Mahathir untuk menerima hakikat, permusuhan antara PAS dengan UMNO lebih banyak dicetuskan oleh faktor Mahathir di dalam UMNO dan kemudian menjadi Perdana Menteri.

Monday, May 15, 2017

SELEPAS TERDEDAH ISI KANDUNGAN BUKU TULISANNYA SENDIRI, HANNAH YEOH BUAT LAPORAN POLIS!!!!



Selepas pendedahan yang dibuat oleh Dr. Kamarul Zaman Yusoff, seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia membabitkan buku tulisan Hannah Yeoh, Speaker DUN Selangor yang kemudian menjadi tular, hari ini telah dilapor polis oleh Hannah Yeoh dan Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad yang merupakan bekas pegawai TUDM yang dibuang kerja kerana melanggar protokol dan peraturan Angkatan Tentera Malaysia.

Hannah Yeoh dalam sidang medianya menafikan tulisan Kamarul Yusoff yang bertajuk, "Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP' yang mempersoalkan kejujuran Hannah Yeoh di sebalik misi kristianisasinya yang terkandung di dalam buku tulisan Hannah, BECOMING HANNAH yang dilancarkan pada tahun 2015 dan boleh dibeli secara atas talian mahupun kedai-kedai buku utama.

Dr. Kamarul Zaman Yusoff bagaimanapun tidak gentar dengan laporan-laporan polis yang dibuat sebaliknya mengesahkan tulisan itu adalah tulisannya dan dia mengambil tanggungjawab penuh ke atas tulisannya itu. Dia juga sanggup dipanggil oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan berhubung tulisannya yang mengulas buku Speaker DUN Selangor itu.

Selain berani mengakui kesahihan tulisannya di Facebook, Dr. Kamarul juga berkata, dia akan mengemukakan bukti-bukti lanjut yang belum didedahkan tentang agenda Kristianisasi Hannah Yeoh di dalam bidang politik.


Sementara itu, Hannah Yeoh menyatakan buku tersebut adalah catatan-catatan peribadinya bukannya wujud agenda tersembunyi olehnya dan DAP. Katanya lagi, buku itu menceritakan kisah cinta dan perkahwinannya serta peranan baru sebagai isteri dan ibu.

"Dan kerana itulah buku itu berjudul 'Becoming Hannah' (Menjadi Hannah) dan bukannya 'Becoming DAP (Menjadi DAP' atau 'Becoming a Christian' (Menjadi Seorang Kristian)," kata Hannah dalam kenyataan medianya.

Kata Hannah Yeoh lagi, dia tidak faham mengapa DAP disabitkan dengan buku tulisannya itu seangkan dia hanya mahu lebih ramai rakyat Malaysia yang taat beragama dapat kembali ke Malaysia dan berbakti kepada negara sementara  masalah aliran keluar kepandaian atau brain drain ini masih lagi merupakan masalah besar negara. Bahkan katanya lagi, dengan masa kritikal yang Malaysia benar-benar memerlukan individu dalam sektor awam yang tidak mementingkan diri dan penuh integriti, terluah di dalam buku tersebut.

Dr. Kamarul dalam tulisannya mendedahkan tentang tulisan Hannah Yeoh pada MUKA SURAT 23, MUKA SURAT 89, MUKA SURAT 108, MUKA SURAT 110.


MUKA SURAT 23

This is why, today, when I am asked to describe who I am and what I do, I say, “Hannah Yeoh, lives for God.”

Terjemahan: Inilah sebab mengapa, hari ini, bila saya diminta untuk menerangkan siapa saya dan apa saya buat, saya berkata, “Hannah Yeoh, hidup untuk Tuhan.”

MUKA SURAT 89

I do not measure my self-worth as a politician by votes or by how popular I am with constituents. I measure my self-worth by the fact that I am a child of God.

Terjemahan: Saya tidak mengukur harga diri saya sebagai seorang ahli politik dengan undi atau dengan populariti saya di kalangan pengundi. Saya mengukur harga diri saya dengan fakta bahawa saya adalah seorang anak Tuhan.

MUKA SURAT 108

I also felt that politics took me away from my true longing, which was to be a preacher. But had I not obeyed God’s call, I would not have had the opportunity to preach at churches, to world leaders and to young people, like I am able to do now. God knew the desire of my heart to preach and serve Him. And He made it happen through my political office.

Terjemahan: Saya juga merasakan bahawa politik membawa saya jauh dari impian sebenar saya, iaitu untuk menjadi seorang pendakwah. Tetapi jika saya tidak mematuhi panggilan Tuhan, saya tidak akan mempunyai peluang untuk berdakwah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda, seperti apa yang saya mampu buat sekarang. Tuhan tahu hasrat hati saya untuk berdakwah dan berkhidmat kepada-Nya. Dan Dia membuat ia berlaku melalui jawatan politik saya.

MUKA SURAT 110

It is here that I want to specially address the OCFers (Overseas Christian Fellowship), wherever you are now, to never forget the mission of being trained and equipped and returning home to serve... We want to encourage fellow OCFers to come home. There is much work to be done to rebuild this beautiful nation. Just like Nehemiah overseeing the reconstruction of Jerusalem’s walls, everyone has to be at it, working. God wants to reclaim politics and public service in Malaysia for righteousness’ sake. He is looking for God-fearing men and women who are willing to roll up their sleeves and labour in this very demanding field. No experience in politics? Remember, I had none. No finances? I had none. Not a good time yet? I just got married when I ran my first campaign. He uses very ordinary vessels to do extraordinary things. He does this so His Name is glorified.

Terjemahan: Di sini saya ingin bercakap secara khusus kepada ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut, di mana saja kamu berada sekarang, untuk tidak lupa misi dilatih dan dilengkap dan pulang untuk berkhidmat... Kami ingin menggalakkan kawan-kawan Felo Kristian Seberang Laut untuk pulang. Terdapat banyak kerja perlu dibuat untuk membina semula negara yang indah ini. Seperti Nehemiah mengawasi pembinaan semula tembok-tembok Jerusalem, setiap orang perlu terlibat, bekerja. Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia demi untuk membetulkannya. Dia sedang mencari lelaki dan wanita bertaqwa yang sanggup menggulung lengan baju mereka dan bekerja dalam bidang yang sangat mencabar ini. Tiada pengalaman dalam politik? Ingat, saya tidak ada pengalaman. Tiada wang? Ingat, saya tidak ada wang. Masa sesuai belum tiba? Saya baru berkahwin bila saya pertama kali berkempen. Dia menggunakan saluran-saluran sangat biasa untuk membuat perkara-perkara luar biasa. Dia membuatnya supaya Nama-Nya diagungkan.


Sementara itu, Ketua Eksekutif IKSIM, Dato' Prof Hj Mahamad Naser bin Disa, menyatakan dia sudah dimaklumkan tentang perkembangan tuduhan yang dilemparkan oleh Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad. Prof Hj Mahamad Naser juga turut memaklumkan bahawa dia sendiri telah menghubungi Zaidi Ahmad bagi menyatakan fakta berhubung fitnah yang dibuat oleh Zaidi.

Zaidi Ahmad membuat fitnah kononnya IKSIM menyalahgunakan wang awam bagi tujuan politik. Ekoran tuduhan itu, Prof. Hj Mahamad Naser mengeluarkan kenyataan berikut:

"Dia (Zaidi) ada buktikah yang IKSIM menerima dana awam? Kita bukan seperti dia yang makan gaji daripada wang rakyat Pulau Pinang. Matlamat dan perjuangan IKSIM adalah untuk mendaulatkan Islam agama negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Sesiapa sahaja yang memperjuangkan sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan, memang mereka tidak akan boleh duduk selesa dengan usaha IKSIM. Oleh kerana perjuangan mereka bercanggah dengan Perlembagaan, maka konco-konco mereka akan bertindak ganas bagi melakukan KEGANASAN PERSEPSI terhadap IKSIM."

IKSIM juga menurutnya sedang meneliti langkah-langkah terbaik dari segi tindakan undang-undang bagi membendung tuduhan berbaur fitnah yang disebarkan oleh Zaidi.

"Jika perlu saman, bukan hanya Zaidi sahaja akan dinamakan sebagai penerima saman ini."


PENGARAH KINITV DIDAKWA DI MAHKAMAH KERANA SIAR VIDEO JELIK!!!



Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran, hari ini didakwa di Mahkamah Khas Siber Kuala Lumpur, kerana menyiarkan sebuah video jelik di portal KiniTV.

Video itu memaparkan sebuah sidang media yang diadakan oleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang bertajuk “Khairuddin: Apandi Ali is not fit to be AG and he should quit immediately" dan “Khairuddin: Apandi Ali tidak layak jadi AG, wajar segera letak jawatan.

Menurut laporan Malaysiakini, video itu telah dimuatnaikkan dalam portal English dan Bahasa Malaysia KiniTV pada 27 Julai.

Premesh yang juga Pengarah portal berita video KiniTV bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas dua tuduhan dengan sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain menerusi video yang mengkritik Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dalam kapasitinya sebagai pengarah KiniTV Sdn Bhd, sama seperti tuduhan ke atas Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan pada November tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Mohd Sophian Zakaria menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap tuduhan, bagaimanapun peguam Fahri Azzat memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM4,000 bagi semua tuduhan tanpa sebarang cagaran dan penjamin.

Hakim Zaman kemudian membenarkan Premesh diikat jamin sebanyak RM2,000 bagi setiap tuduhan dan menetapkan 15 Jun ini bagi sebutan kes.

SUMBER


YEO BEE YIN CUBA TUTUP MALU DALAM KES ECRL DAN PERMATA, DENGAN SALAHKAN PAS SELANGOR PULAK!!!



Yeo Bee Yin, ADUN Damansara terus cuba memperbetulkan semula kesilapannya setelah terlupa yang kenyataannya dua hari lepas bertentangan dengan kenyataannya sendiri beberapa bulan lalu membabitkan ECRL.

Dalam kenyataannya pada 30 Mac lalu, Yeo Bee Yin meminta agar Kerajaan Negeri Selangor tidak membenarkan projek ECRL merentasi negeri Selangor. Alasan yang diberikannya ialah, projek berkenaan tidak menguntungkan Selangor walaupun hakikatnya, antara lain ECRL yang merupakan antara salah satu laluan melibatkan jajaran laluan perdagangan utama yang menguasai 60% perdagangan dunia, menyambungkan Pelabuhan Kuantan dengan Pelabuhan Kelang tanpa perlu lagi melalui Singapura yang jelas dipinggirkan dalam projek besar dagangan dunia blok timur itu.

Bagaimanapun, pada 19 April 2017, Yeo Bee Yin mempersoalkan, mengapa projek ERCL telah 'mengenepikan' Pelabuhan Kelang yang terletak di negeri Selangor. Sekaligus dia sendiri tidak berpuas hati apabila 'nasihat dan tuntutannya' agar ECRL tidak melibatkan negeri Selangor bagi mengelakkan rakyat Selangor terbeban dengan kos projek tersebut, dituruti oleh SPAD.

Hari ini, Yeo Bee Yin 'membetulkan' kesilapan bodohnya itu. Yeo Bee Yin tidak lagi bercakap tentang ECRL apatah lagi PERMATA NEGARA yang telah membiru-biratkan mukanya, sebaliknya Yeo Bee Yin bercakap pula tentang PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Kata Yeo Bee Yin, PAS Selangor tidak bermaruah kerana masih enggan menarik diri daripada Kerajaan Negeri Selangor walaupun pada masa yang sama, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali selepas menghadap KDYMM Sultan Selangor memberi jaminan bahawa ketiga-tiga orang Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja tidak akan dipecat, sebaliknya akan dikekalkan.


Yeo Bee Yin yang merupakan ADUN DAP, sudah tentu buta kayu tentang kedudukan KDYMM Sultan Selangor serta kuasa-kuasa baginda dalam Kerajaan Negeri Selangor. Dia hanya melihat DAP sebagai kuasa SUPREMACY di Selangor yang mana semua pihak perlu akur dan tunduk sujud kepada DAP.

Kata Yeo Bee Yin lagi, sepatutnya kesemua Exco PAS itu telah pun meletakkan jawatan, sekaligus mengosongkan Kerajaan Negeri Selangor bagi membolehkan DAP membariskan kerusi-kerusi DUN yang ingin ditawan parti sembahan Lim Kit Siang-Lim Guan Eng itu.

DAP Selangor menerusi satu kenyataan Pengerusinya, Tony Pua beberapa minggu sebelum PAS ditendang keluar dari Pakatan Rakyat secara rasmi, telah mengatakan akan meletakkan calon-calon mereka pada 8 kerusi DUN yang sekarang ini dikuasai oleh PAS termasuklah Cempaka dan Lembah Jaya serta Dusun Tua.

Kalau Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR sendiri pun tidak berani menentang titah raja, mengapa pula Yeo Bee Yin yang merupakan salah seorang daripada ahli mesyuarat negeri berlagak seolah-olah rajanya adalah Lim Guan Eng?


KETUA BAHAGIAN CAP BUNGA MERBOK TERHARU DAN GEMBIRA DENGAN INISIATIF AHMAD BASHAH KEMBALIKAN GERAN YANG TELAH DIPOTONG OLEH MUKHRIZ!!!



Kerajaan Barisan Nasional (baca: UMNO) Kedah telah memperuntukkan sebanyak RM50 ribu sebagai Geran Tahunan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia selama bertahun-tahun. Memandangkan peruntukan tersebut dibuat hampir setiap tahun dan ianya dianggap sebagai satu kewajipan Kerajaan Negeri Kedah, bukannya sumbangan, maka tidak ramailah yang melihat ianya sebagai satu usaha dan jasa daripada UMNO Kedah untuk menghargai bekas-bekas perajurit negara.

Bagaimanapun, apabila Mukhriz Mahathir naik jadi Menteri Besar Kedah pada tahun 2013, geran tahunan tersebut telah ditolak RM30 ribu, menjadikan hanya RM20 ribu sahaja yang disalurkan kepada PVATM Kedah itu.

Apabila Ahmad Bashah naik jadi Menteri Besar Kedah, antara perkara yang dilakukan adalah mengembalikan semula jumlah peruntukan dan geran kepada persatuan tersebut seperti sebelum Mukhriz memotongnya iaitu RM50 ribu. Malah, Ahmad Bashah turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 ribu kepada Tabung Pahlawan, sesuatu yang dipandang sinis dan tidak penting bagi Mukhriz sewaktu menjawat jawatan berkenaan.

Apa yang dilakukan oleh Ahmad Bashah sebenarnya adalah sebagai sebahagian daripada penghargaan kepada veteran-veteran angkatan tentera yang banyak berjasa kepada negara dan rakyat negara ini selama ini.

Sebenarnya, tindakan Mukhriz Mahathir yang memotong geran tahunan untuk PVATM Kedah daripada Kerajaan Negeri Kedah dahulu, banyak menimbulkan rungutan dan kemarahan. Mukhriz sebaliknya melebihkan puak-puak dia, terutama pegawai-pegawai khasnya yang kebanyakannya bukan anak Kedah dan berlagak seolah-olah mereka adalah maharaja kecil di Kedah sewaktu Mukhriz berkuasa.


Menariknya, keputusan dan pengumuman Ahmad Bashah itu 'DISAMBUT GEMBIRA' oleh salah seorang pemimpin utama Cap Bunga Kedah iaitu Mejar Anuar yang merupakan Ketua Bahagian Cap Bunga Merbok memandangkan dia adalah salah seorang pemimpin PVATM Kedah. Cuma agak ironi, dia sangat kuat menyokong orang yang memotong geran dan peruntukan untuk PVATM Kedah dalam perjuangan politiknya, walaupun pada masa yang sama, bergembira dan terharu dengan inisiatif Ahmad Bashah apabila membabitkan peruntukan untuk persatuannya.

Di sebalik gelaran Mat Lena kepada Ahmad Bashah yang kemudian dipopularkan dan dilawak-lawakkan oleh Mukhriz Mahathir, ternyata, Ahmad Bashah jauh lebih 'TERJAGA' dan TERANG BIJI MATAnya berbanding Mukhriz Mahathir yang bukan sahaja BEBAL, tetapi bodoh sombong dengan kehidupan elitisnya.

Ahmad Bashah sekurang-kurangnya tahu bagaimana hendak menghargai pengorbanan veteran-veteran tentera yang telah berjuang mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara ini. Sedangkan Mukhriz pula, sekadar pandai menghargai Anas, Azimi Daim serta kaum kerabat dan kroni dia. Rakyat biasa, baginya, hanyalah untuk diperbodoh-bodohkan dengan aura elitis dan PERANGAI PENGANTINNYA.


KERANA TEMUBUALNYA DENGAN AL JAZEERA, KEM PRO-AZMIN DALAM PKR BALAS DENDAM KUTUK WAN AZIZAH DAN PKR PRO-DAP!!!



Temubual Wan Azizah dengan Al-Jazeera masih lagi diperkatakan...

Walaupun dipuji melambung oleh Saifuddin Nasution serta juak-juak Anwar Ibrahim yang lain, tetapi sebahagian besar, terutama yang pro-Azmin Ali mengutuk rapat Wan Azizah yang jelas tidak menampakkan langsung kewibawaan dan pendirian sebagai seorang Presiden parti apatah lagi sebagai ADUN dan Ahli Parlimen selain Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. 

Wan Azizah dalam temubualnya berkata, dia hanyalah sandaran bagi suaminya. Semua jawatan yang ada padanya, adalah untuk Anwar Ibrahim. Dia hanyalah wakil dan proksi Anwar Ibrahim yang sedang di dalam penjara menjalani hukuman akibat jenayah liwat.

Isteri Anwar Ibrahim itu menyatakan kesediaannya untuk menjadi  Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan yang ditunjangi oleh DAP memenangi PRU-14 nanti. Sekaligus mengenepikan cita-cita Dr. Mahathir untuk meletakkan anak lelakinya, Mukhriz sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah berusaha seboleh mungkin untuk memburuk-burukkan Najib Abdul Razak walaupun pada masa yang sama, Mahathir juga sedar, anak lelakinya itu tidak mempunyai sebarang kebolehan selain daripada menjadi PENGANTIN. 

Bagaimanapun, kesediaan Wan Azizah itu tertakluk kepada persetujuan daripada DAP selain ia hanyalah pegangan sementara kerana baginya yang lebih layak menjadi Perdana Menteri adalah suaminya, Anwar Ibrahim yang lebih bijak bermain retorik dan putar belit. 

Wan Azizah kemudiannya 'menggemparkan' kem pembangkang yang diketuai oleh DAP apabila menyatakan, dia bersetuju dengan hukuman hudud dijalankan di Malaysia, sekaligus menyokong PAS yang merupakan musuh utama DAP dan Lim Guan Eng sekarang ini. 

Dalam temubualnya itu, PKR Presiden itu berkata, perlaksanaan hukuman hudud di Malaysia boleh dijalankan apatah lagi Pakatan DAP belum lagi menolaknya secara total sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada PRU akan datang. 

Dalam RUU355 sebelum ini, Ahli-Ahli Parlimen PKR terlibat dalam menolak usul tersebut, sekaligus menyebabkan PAS menerusi Muktamar Ke-63 telah membuat usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. Walaupun pada saat-saat akhir, Anwar Ibrahim menerusi sepucuk surat menyatakan sokongan PKR kepada RUU355, namun suara Rafizi Ramli serta blok PKR yang lebih pro-DAP menenggelamkan suara pemimpin agung PKR di dalam penjara itu. PAS sendiri melihat surat sokongan Anwar Ibrahim kepada RUU355 sebagai usaha terdesak pada saat-saat akhir setelah wakil-wakil Parlimen dari UMNO menyokong sebulat suara usul persendirian berkenaan.

Kenyataan Wan Azizah berkenaan sokongan PKR kepada hukuman hudud, dilihat PAS sebagai salah satu cara 'pujukan' agar PAS tidak meninggalkan PKR terkontang-kanting. PKR amat memerlukan PAS terutama sekali di Selangor. Kata-kata Wan Azizah itu, dilihat sebagai satu cubaan untuk memastikan PAS tidak bertahaluf siyasi dengan UMNO kerana PKR secara dasarnya masih bersama-sama PAS memperjuangkan hukuman hudud, walaupun akta bagi hukuman takzir yang lebih ringan dan hanya melibatkan umat Islam di Malaysia iaitu Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) ditentang keras oleh PKR. Malahan Rafizi Ramli ketika sidang Parlimen olok-olok untuk membahaskan usul tersebut menyatakan, sekiranya RUU355 diluluskan, para hakim mahkamah syariah akan berhadapan dengan risiko rasuah, sekaligus menyebabkan dia bakal mengatur tangga mahkamah kerana melakukan perbuatan fitnah.

Dalam program UpFront yang disiarkan oleh Al Jazeera pada hari Jumaat lepas, pengacara, Mehdi Hassan telah bertanyakan tentang beberapa isu kepada Dr. Wan Azizah termasuklah hukuman hudud, rejam dan potong tangan. 

Dalam reaksinya, Wan Azizah berkata, 'Hudud tidak akan dilaksanakan kecuali semua setelah semua perkara membabitkan keadilan telah diambil kira."

Apabila ditekan lebih lanjut tentang situasi di mana hukuman rejam mungkin akan diterima, Wan Azizah berkata, "Tidak akan berlaku dalam masa terdekat."

Wan Azizah dalam temuramah itu kemudiannya berkata, hudud adalah hukuman Tuhan. Bagaimanapun apabila ditanya lagi, Wan Azizah kemudiannya mereka-reka dan mengubahsuai hukuman Tuhan yang dimaksudkannya.

Begitu juga ketika ditanya hubungan antara PKR dengan PAS dan Hukum Hudud. Menurutnya, "Kami mahukan undi pada peringkat akar umbi."

Salah seorang pemimpin kem Wan Azizah yang juga merupakan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot,  Ahli Parlimen Bukit Katil berkata, kenyataan Wan Azizah berhubung hukuman hudud itu merupakan 'pendirian parti'. 

Menurutnya, Wan Azizah tidak membuat kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti ketika mereka menentang usul persendirian RUU355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bulan lalu di Parlimen. 

"Kami hanya kaan menyokong sekiranya wujud keadilan dalam setiap aspek kehidupan," kata Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dilaporkan, tidak pernah berada di Parlimen yang diwakilinya selepas memenanginya pada PRU-13 lalu. 

Bagaimanapun, seorang lagi Naib Presiden PKR yang tidak akan bertanding pada PRU-14 nanti kerana didapati bersalah oleh mahkamah akibat menfitnah, Tian Chua berkata, secara umumnya, PKR tidak menjadikan hudud sebagai satu keutamaan. 


 
Blogger Templates